GP Jepun: Hafizh Syahrin Raih Podium

Diterbitkan: Ahad, 15 Oktober 2017 2:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan dengan meraih tempat ketiga dalam kategori Moto2 di Grand Prix Jepun di litar Twin Ring Motegi hari ini.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 32 minit 12.035 saat melibatkan perlumbaan 15 pusingan manakala dua pelumba Sepanyol – Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS dan Xavi Vierge dari Tech 3 Racing mendapat tempat dua teratas.

Marquez merekodkan masa 32:08.901s dan Vierge mencatat 32:10.366s.Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh Syahrin selepas memenangi kedudukan yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano di Itali bulan lepas.

Hafizh Syahrin mengumpul 16 mata dan memperoleh tempat ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2, dengan 82 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team menamatkan perlumbaan  pada tangga ke-23 dengan masa 32:59.432s.

Sementara itu, Hafizh Syahrin berkata dia gembira mendapat kemenangan podium kedua dalam musim ini dan kejayaan itu memberikannya motivasi untuk terus berusaha dalam perlumbaan seterusnya.

“Kami agak yakin sepanjang hujung minggu ini, yang penting adalah tenang dan fokus. Perlumbaan diadakan dengan sempurna. Keadaan motosikal sangat kompetitif dan pantas sepanjang hujung minggu, kami juga berjaya mencatat rekod pusingan terpantas.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik untuk membalas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada semua peminat, rakan kongsi dan penaja,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Hafizh Syahrin merekodkan pusingan terbaik 2:07.172 saat pada pusingan 10.

Koordinator Pasukan Razmin Masli Abdul Razak berkata ia adalah keputusan yang baik buat Hafizh Syahrin dan pasukan dalam keadaan cuaca yang sangat rumit.

“Kami gembira mendapat tempat ketiga, dan kami mengucapkan terima kasih kepada penyokong, rakan kongsi dan penaja yang terus mempercayai kami. Kami kini akan ke perlumbaan seterusnya di Australia dengan lebih bertenaga berikutan pencapaian baik ini,” kata Razmin. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Hafizh Syahrin

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan