Juara F1 Sepang Hadiah Hari Lahir Verstappen

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 4:40 PM

Verstappen meraikan kejuaraan pertama di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Max Verstappen muncul juara buat kali pertama pada perlumbaan terakhir Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Pelumba Red Bull Racing Team kelahiran Belgium itu merakam masa terpantas 135.576s selepas mengetuai barisan pelumba berada di depan sejak lap kesembilan.

Lebih menarik kejayaan Verstappen ini dianggap hadiah paling bermakna sempena sambutan hari lahirnya yang ke-20 pada Sabtu.

Verstappen yang muncul naib juara pada edisi 2016, meninggalkan pesaing terdekat yang juga pendahulu kedudukan pelumba musim ini, Lewis Hamilton (Mercedes) dengan catatan masa 136.932s diikuti Daniel Ricciardo yang merupakan juara tahun lalu di Sepang.

Berada di kedudukan keempat adalah Sebastian Vettel  (Ferrari), manakala kelima Valtteri Bottas (Mercedes).

Perlumbaan GP Fomula 1 Malaysia tahun ini merupakan yang terakhir penganjurannya selepas 19 tahun sejak 1999.

Dalam pada itu, Hamilton yang kali terakhir merangkul juara di Litar Sepang pada tahun 2014 terus menguasai kedudukan keseluruhan pelumba dengan 281 mata selepas pusingan ke-15 ini.

Hamilton,32, mencatat rekod juara tujuh kali sepanjang musim ini sekalius meninggalkan pesaing terdekatnya, Sebastian Vettel (Ferrari) di kedudukan kedua dengan 247 mata.

Dan seorang lagi pelumba Mercedes Valtteri Bottas berada di tempat ketiga dengan 222 mata.

Sementara itu, Mercedes masioh mengukuhkan kedudukan teratas bagi pengeluar keseluruhan dengan 503 mata, diikuti Ferrari (385) dan Red Bull Racing 270 mata.

Keputusan penuh perlumbaan akhir Grand Prix F1 Malaysia:

1.Max Verstappen RED BULL RACING TAG HEUER 1:30:01.290s
2.Lewis Hamilton MERCEDES +12.770s
3.Daniel Ricciardo RED BULL RACING TAG HEUER +22.519
4.Sebastian Vettel FERRARI 56 +37.362s
5.Valtteri Bottas MERCEDES +56.021s
6.Sergio Perez FORCE INDIA MERCEDES +78.630s
7.Stoffel Vandoorne MCLAREN HONDA +1 lap
8.Lance Stroll WILLIAMS MERCEDES +1 lap
9.Felipe Massa WILLIAMS MERCEDES +1 lap
10.Esteban Ocon FORCE INDIA MERCEDES +1 lap
11.Fernando Alonso MCLAREN HONDA +1 lap
12.Kevin Magnussen HAAS FERRARI +1 lap
13.Romain Grosjean HAAS FERRARI +1 lap
14.Pierre Gasly TORO ROSSO 55 +1 lap
15.Jolyon Palmer RENAULT 55 +1 lap
16.Nico Hulkenberg RENAULT 55 +1 lap
17.Pascal Wehrlein SAUBER FERRARI +1 lap
18.Marcus Ericsson SAUBER FERRARI +2 laps
NC -Carlos Sainz TORO ROSSO DNF
NC - Kimi Räikkönen FERRARI DNS



Tags / Kata Kunci: GP Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan