F1: Malaysia Tak Mahu Jadi Tuan Rumah Walau Percuma

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 8:49 AM

Razlan Razali bercakap pada sidang media sempena Taklimat Keselamatan dan Lalu Lintas Formula One Petronas Malaysian Grand Prix 2017 di Litar Sepang pada Selasa lalu. Foto Bernamaa

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia tidak akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) selepas perlumbaan terakhir hujung minggu ini walaupun sekiranya ditawarkan secara percuma, kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali.

Penganjur tempatan telah menyatakan terdapat penurunan dalam jualan tiket, tontonan dan bilangan pelancong sempena acara itu, menjadi antara keputusan untuk tidak lagi menyertai kalendar F1 sejak 1999.

Razali turut mengeluh mengenai pulangannya tidak lagi positif buat Malaysia.

Bercakap kepada Reuters, beliau berdepan dengan kesukaran untuk meyakinkan peminat sukan itu untuk hadir menyaksikan perlumbaan kerana ia tidak cukup menarik.

"Malah jika kita membuat tawaran hebat, melakukannya secara percuma sebagai contoh, apakah produknya?," katanya.

"Saya sendiri tidak dapat duduk di depan kaca televisyen dan menonton lap satu sehingga berapa-berapa lap (selama) dua jam. 

"Sukar untuk menjual acara seumpama ini dan setia di tempat duduk... dan ia tidak berbaloi untuk pelaburan ketika ini."

Promoter memberitahu bahawa bilangan pengunjung ke acara perlumbaan dan penonton televisyen telah menurun sejak 2014.

Hanya 46,944 pengunjung hadir pada perlumbaan tahun lalu, mencatatkan sedikit peningkatan berbanding 2015, tetapi jumlah yang memberangsangkan pada 2013 iaitu 88,450 penonton.

Tiket perlumbaan akhir yang bakal berlangsung selepas dua minggu GP Singapura diadakan, masih lagi terjual walaupun dikenakan diskaun 82 peratus.

Razali bagaimanapun menjangkakan kira-kira 80,000 pengunjung.

Sebaliknya penganjuran MotoGP, cukup berjaya di Sepang dengan tiket-tiket untuk perlumbaan bulan depan telah habis dijual.

Razali berkata, Malaysia akan sedia membuat kemunculan semula sekiranya Formula Satu mempamerkan persembahan yang boleh memastikan peminat sukan itu terus setia duduk menyaksikan perlumbaan.

"Bahagian yang paling mudah adalah kembali dan berunding dengan Liberty Media untuk kembalikan F1.

"Bahagian yang paling sukar adalah sama ada sukan itu telah berubah kepada lebih baik...," katanya. - Reuters

Tags / Kata Kunci: F1 , GP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan