Tuntutan Ganti Rugi Haas Palsu - SIC

Diterbitkan: Sabtu, 30 September 2017 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan satu dokumen tuntutan ganti rugi sebanyak US$295,000 (RM1.24 juta) di atas nama pasukan Formula Satu (F1) Haas terhadap SIC yang tular di laman sosial pada Sabtu adalah palsu.

Dokumen itu menyatakan tuntutan itu perlu  dibayar SIC selepas pemandu pasukan Haas, Romain  Grosjean mengalami kemalangan setelah jentera dipandunya terlanggar penutup longkang di selekoh 13 pada sesi latihan kedua semalam sehingga memaksa sesi berkenaan dihentikan 20 minit lebih awal.


“Saya boleh mengesahkan bahawa dokumen itu adalah palsu selepas dimaklumkan secara rasmi oleh pihak International Automobile Federation (FIA) petang ini,” katanya kepada pemberita.

Razlan seterusnya berkata pihaknya tidak merancang untuk membuat laporan polis, sebaliknya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadapan perlumbaan pada Ahad yang juga merupakan perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir bakal dianjurkan di SIC selepas 19 tahun.

Sementara itu, mengenai status penjualan tiket, Razlan berkata setakat  pukul 5 petang hari ini (Sabtu), sudah lebih 70,000 tiket habis terjual dan beliau berharap jumlah itu akan meningkat pada hari perlumbaan esok untuk mencapai sasaran 80,000 tiket. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Haas , F1

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan