Vettel, Raikkonen Kuasai Sesi Latihan

Diterbitkan: Jumaat, 29 September 2017 9:59 PM

Vettel beraksi pada sesi latihan kedua perlumbaan pusingan ke-15 Grand Prix F1 Sepang 2017 di Litar Antarabangsa Sepang yang akan berlangsung pada Sabtu hingga Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel dan rakan sepasukan, Kimi Raikkonen mula menampilkan kehebatan di permukaan litar kering apabila menguasai sesi latihan kedua Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Sepang, di sini Jumaat.

Selepas mengharungi cuaca hujan pada sesi latihan pertama pada sebelah pagi, pemburu kejuaraan dunia, Vettel merakamkan masa terpantas 1:31.261s dalam 23 pusingan yang dilakukan dan Raikkonen ketinggalan 0.604s untuk catatan kedua terpantas.

Sebelum itu, pada sesi pertama, Vettel yang ketinggalan 28 mata dengan pendahulu kejuaraan dunia, Lewis Hamilton, merakamkan masa kelima terpantas iaitu 1:51.009s manakala Raikkonen pula muncul sebagai pelumba keempat terpantas dengan masa 1:50.734s.

Bagaimanapun, sesi kedua selama 90 minit itu terpaksa dihentikan 10 minit lebih awal selepas penutup longkang yang longgar di litar berkenaan menyebabkan tayar kenderaan pelumba Haas, Romain Grosjean pancit, sekali gus mengakibatkan pelumba Perancis itu terbabas di penghadang di selekoh  13.

Grosjean, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan namun  kenderaannya mengalami kerosakkan  dan steward perlumbaan membuat keputusan untuk tidak meneruskan semula sesi latihan itu.

“Saya tidak melihat apa-apa dan tiba-tiba mengalami pelanggaran yang hebat di sebelah kanan bahagian belakang kenderaan...yang penting saya tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Disebabkan insiden tersebut, sesi latihan tidak dapat dimulakan semula dan Pengarah Perlumbaabn FIA, Charlie Whiting mengesahkan semua penutup seperti itu diperiksa dan dan jika perlu dikimpal semula petang Jumaat.

Beliau menyifatkan penutup longkang di litar tersebut longgar berikutan daya yang dihasilkan oleh kenderaan F1 di selekoh litar.

Sementara itu, Vettel berkata sesi pertama dalam keadaan basah menyebabkan mereka sukar melakukan ujian latihan yang sebaik mungkin sebelum keadaan menjadi lebih baik selepas hujan.

“Kita akan llihat apa yang boleh dilakukan esok jkerana hari ini kami mencuba pelbagai perkara ke atas kenderaan. Kami mempunyai kenderaan yang baik dan terpeluang kepada kami untuk memastikan semuanya b erjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, juara bertahan GP F1 Malaysia, Daniel Ricciardo daripada pasukan Red Bull mencatatkan masa ketiga terpantas 1:32.099s manakala Hamilton daripada pasukan Mercedes AMG Petronas sekadar merekodkan masa terpantas 1:32.677s untuk menghuni tangga keenam.

“Adalah menarik untuk mengharungi situasi litar yang basah dan kering untuk memastikan penyelarasan paling optimum kenderaan,” kata Ricciardo.

Sesi latihan akhir akan bermula 2 petang Sabtu manakala sesi kelayakan untuk penentuan petak permulaan akan diadakan pada jam 5 petang. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: Sebastian Vettel , Kimi Raikkonen , F1

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan