Litar Sepang Tidak Akan Jadi 'Gajah Putih' - SIC

Diterbitkan: Khamis, 28 September 2017 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Daripada sudut pandangan pemandu Formula Satu (F1), bersaing di Litar Sepang adalah perlumbaan paling mencabar dari segi reka bentuk litar berkenaan dan juga faktor cuaca.

Terkenal dengan ‘perlumbaan paling sukar dan hangat, yang akan menguji persiapan pasukan dalam menyediakan jentera mereka dan sebagainya supaya berada dalam keadaan terbaik, pemandu juga perlu bersedia dari segi  fizikal dan mental.

Selepas hampir dua dekad, perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia 2017 adalah edisi terakhir perlumbaan berkenaan dianjurkan di Malaysia dalam kalendar F1, yang pastinya akan meninggalkan impak yang besar dalam sejarah negara.Ia menjadi pemangkin dalam mempromosikan sukan berkenaan di negara ini dan juga ‘memasarkan' Malaysia di peringkat antarabangsa.

Berikutan ketiadaan perlumbaan F1 di Litar Sepang bermula tahun depan, banyak pihak beranggapan litar berkenaan akan terbiar dan menjadi seperti projek ‘Gajah Putih', selepas ini.


Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali berkata  pembinaan litar tersebut bukan semata-mata untuk menganjurkan perlumbaan F1.

Justeru, beliau berkata Sepang International Circuit Sdn Bhd akan mempromosi lebih banyak acara sukan permotoran di litar berkenaan pada masa akan datang.

“Kerjasama kami dengan F1 telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Litar Sepang serta industri sukan permotoran dan pelancongan sukan Malaysia.

“F1 memainkan peranan penting dalam kewujudan SIC. Kita telah berkembang dan membangun sejak hampir dua dekad lepas,” kata Razlan kepada Bernama.

Beliau memberitahu bahawa SIC juga mempunyai pelan komprehensif untuk mengubah litar tersebut menjadi hab yang mempunyai elemen pendidikan dan hiburan bersepadu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Razlan berkata untuk tahun depan, litar berkenaan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, dan pada Januari, trek berkenaan akan dipasang dengan sistem lampu untuk aktiviti trek pada waktu malam.

Dalam pada itu, berikutan jualan tiket sudah mencecah 68,000 setakat semalam, Razlan yakin SIC mampu mencapai sasaran 80,000 penjualan tiket, sebelum berakhirnya F1 di Malaysia, selepas 19 tahun penganjuran perlumbaan itu, yang dijenamakan sebagai 'F1NALE' pada kali ini.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan mengumumkan  bahawa  Malaysia tidak lagi menganjurkan F1 tahun depan, selepas kerajaan bersetuju supaya kontrak penganjuran perlumbaan itu ditamatkan.

Najib berkata kontrak itu perlu ditamatkan berikutan penurunan pulangan yang mendadak kepada negara berbanding dengan kos penganjuran perlumbaan tersebut.

Sementara itu, juara dunia tiga kali, Lewis Hamilton menyatakan F1 kehilangan salah satu perlumbaan paling mencabar dalam kalendar perlumbaan sukan permotoran dunia itu.

“Sudah pasti ia sesuatu yang menyedihkan kerana ini adalah perlumbaan terakhir...ia paling mencabar kepada jentera dan juga pasukan. Jadi, kita kehilangan satu daripada perlumbaan yang paling sukar,” kata Hamilton pada sidang media, baru-baru ini.

Pada perlumbaan di Sepang tahun lepas, harapan Hamilton untuk meraih gelaran berkecai selepas jenteranya menghadapi masalah enjin pada pusingan ke-43.Sebelum insiden tersebut, pemandu kelahiran Britain itu mendahului perlumbaan Grand Prix Malaysia berkenaan.

Kehilangan 25 mata itu ternyata penting pada akhir musim apabila dia gagal mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada 2015, kepada rakan sepasukan Nico Rosberg, dengan hanya lima mata.

Tags / Kata Kunci: Litar Sepang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan