SIC Agih 5,400 Tiket Percuma

Diterbitkan: Rabu, 27 September 2017 5:22 PM

Kontrak penganjuran acara Formula1 Petronas Malaysia Grand Pix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir selepas 19 tahun menjadi tuan rumah sejak 1998. - Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sepang International Circuit (SIC) hari ini mengagihkan sejumlah 5,400 tiket percuma kepada golongan belia untuk menyaksikan edisi terakhir perlumbaan Formula 1 Grand Prix Malaysia pada 30 Sept dan 1 Okt ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tiket berkenaan mulai diedarkan pada Rabu kepada pemimpin tempatan di kawasan masing-masing untuk disampaikan kepada  golongan belia yang berminat menyaksikan perlumbaan itu.

Beliau berkata tiket percuma itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial (CSR) yang dilaksanakan  oleh SIC, agar golongan belia di Malaysia dapat menyaksikan sendiri F1 Grand Prix yang sebelum ini hanya disaksikan di kaca televisyen.

"Ini juga memberi peluang kepada anak muda negara melihat sendiri kejayaan negara dan kerajaan dalam mengendali kejohanan antarabangsa yang berprestij ini.

"F1 Grand Prix Malaysia akan menutup tirainya mulai tahun ini setelah 19 tahun beroperasi dan akan digantikan dengan Motor GP mulai tahun hadapan.

"Semoga edisi baharu ini akan dapat menarik minat lebih ramai golongan muda di negara ini,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Pada April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kontrak penganjuran perlumbaan berprestij itu ditamatkan bermula tahun depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira laporan dan pandangan SIC mengenai impak kewangan acara F1 kepada semua pihak berkepentingan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Formula 1

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan