Moto2: Hafizh Syahrin Ketiga Di Litar Misano

Diterbitkan: Isnin, 11 September 2017 9:31 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan cemerlang pada Ahad dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam kategori Moto2 dalam Grand Prix San Marino di litar Misano, Itali.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatat masa 51 minit:47.584 saat dalam perlumbaan 26 pusingan dengan keadaan litar yang basah.

Dua pelumba Switzerland, Dominique Aegerter daripada Kiefer Racing memenangi tempat pertama  kategori itu dengan masa 51 minit:39.709  dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwetten, di tempat  kedua dengan perbezaan masa 1.400 saat.

Seorang lagi pelumba Malaysia,  Khairul Idham Pawi daripada  Idemitsu Honda Team Asia  mencatatkan keputusan terbaiknya dalam musim ini di tempat kesembilan daripada 16 pelumba selepas ketinggalan 1 minit:01.495 saat di belakang Aegeter.

Dalam pada itu, Hafizh Syahrin bersyukur dengan kejayaannya meraih kedudukan podium buat kali kedua selepas kali terakhir meraih tempat ketiga pada 2012 di Litar Antarabangsa Sepang.

“Syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan ini. Terima kasih kepada kru teknikal yang bekerja keras pada minggu ini dan saya bawa  kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017, baru-baru ini ke dalam perlumbaan hari ini (Ahad).

"Saya buktikan saya mampu meraih kejayaan seperti atlet negara yang lain. Terima kasih kepada keluarga, peminat dan kawan-kawan saya serta pengurus saya yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini,” kata anak jati Selangor itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejayaan ini membolehkan Hafizh Syahrin mengutip 16 mata untuk berada di tangga ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2 dengan kutipan 66 mata selepas 13 pusingan perlumbaan musim ini.

Tags / Kata Kunci: hafidz Syahrin , Moto2

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan