Rossi Patah Kaki - F1 dan Motor | mStar

Rossi Patah Kaki

Diterbitkan: Jumaat, 1 September 2017 9:59 AM

(Ubah saiz teks)

MONZA: Valentino Rossi patah kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalani latihan, kata pasukannya, Yamaha.

Kejadian yang berlaku di timur Itali itu akan menyebabkan Rossi menjalani pembedahan dalam masa terdekat, sekali gus berkemungkinan menyebabkan pelumba berusia 38 tahun itu terlepas peluang merebut kejuaraan musim ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Yamaha, Rossi kini berada di hospital di Urbino.

"Saya dapat tahu daripadanya yang kakinya cedera," kata bapa Rossi, Graziano yang dipetik agensi ANSA.

Rossi kini berada di tempat keempat keseluruhan kategori pelumba, 26 mata di belakang rakan senegara, Andrea Dovizioso yang mendahului saingan.Pelumbaan selepas ini dijadualkan berlangsung di Misano pada 10 September.

Pada 2010, Rossi pernah patah kaki ketika sesi latihan Grand Prix Itali namun kembali semula selepas berehat selama enam minggu. - Reuters

Tags / Kata Kunci: Rossi
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan