Hamilton Takluk GP Belgium

Diterbitkan: Ahad, 27 Ogos 2017 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

BELGIUM: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton meraikan kemenangannya yang ke-200 pada perlumbaan Formula Satu (F1) apabila menamatkan saingan Grand Prix Belgium di tempat pertama.

Dengan kemenangan itu, Hamilton mengekori rapat Sebastian Vettel dalam senarai kejuaraan dunia dengan hanya dibezakan tujuh mata sahaja.

Kemenangan kelima pelumba Britain itu dalam 12 perlumbaan hadir sehari selepas dia mencatat rekod tersendiri dengan kejayaan melakar petak pertama ke-68 pada Sabtu, menyamai rekod dicatat Michael Schumacher pada sesi kelayakan di Grand Prix Belgium.

Vettel menamatkan perlumbaan di tempat kedua apabila ketinggalan 2.3 saat di belakang Hamilton.

Sementara itu, pelumba Australia, Daniel Ricciardo menduduki tempat ketiga untuk Red Bull.

Dengan baki lapan perlumbaan, juara dunia empat kali, Vettel mengutip 220 mata manakala Hamilton 213 mata.

Tags / Kata Kunci: GP Belgium

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan