Juara Dunia F1 Kini Bergelar Penjual Aiskrim

Diterbitkan: Jumaat, 14 Julai 2017 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

TUJUH bulan lalu, dia merupakan juara dunia Formula Satu sebelum mengambil keputusan mengejutkan untuk bersara pada usia yang masih muda.

Kini selepas meninggalkan dunia pemotoran, pasti ramai tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh pelumba tersebut, Nico Rosberg pada zaman persaraannya.

Jika dulu dia meraikan kejuaraan dengan merangkul trofi di atas podium, kini Rosberg menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan membantu isterinya, Vivian menjual aiskrim di Kepulauan Ibiza.

Pasti ramai menganggap tindakan Rosberg itu sangat merugikan selepas bergelar juara dunia buat kali pertama dalam hidupnya, tetapi dia memberi jawapan yang sangat ringkas dan jelas.

"Kehidupan," kata bekas pelumba berusia 32 tahun tersebut apabila mengulas keputusannya untuk bersara dan menjual aiskrim.

Meskipun sudah bersara, dia masih merupakan juara dunia Formula Satu sehingga hujung musim ini.

Bekas pelumba kelahiran Jerman itu memenangi gelaran berkenaan ketika beraksi bersama pasukan Mercedez di Abu Dhabi Grand Prix. - The Telegraph

Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan