'Drama' Di Perancis, Rossi Tergelincir

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 8:21 AM

Maverick Vinales

(Ubah saiz teks)

MotoGP Perancis di litar Le Mans, berlangsung penuh 'drama' apabila Valentino Rossi tergelincir di pusingan terakhir dan Maverick Vinales akhirnya dinobatkan sebagai juara/

Vinales layak berada di podium pertama selepas terpaksa bersaing sengit denagn Rossi di tiga pusingan terakhir. Pelumba dari Sepanyol itu dipintas Rossi pada pusingan ke-25.

Berlaku perlumbaan sengit di pusingan terakhir apabila Vinales berjaya mengambil alih posisi paling hadapan.

Rossi yang 'agesif' mahu mengejar tiba-tiba tegelincir dari litar.

"Ada masanya seorang pelumba tahu dia boleh menang dan cuba melakukannya, bila tidak mencuba, dia tak akan tenang.

"Dan ada pula hari pelumba perlu lebih tenang dan menerima posisi dirinya.

"Untuk hari ini, saya rasa mampu menang dan saya mencuba. Tapi kemudian saya buat salah," kata Rossi memetik Tuttomotoriweb.

Vinales menang dengan catatan masa 43 minit 29.793saat diikuti Johann Zarco yang sempat memimpin di awal perlumbaan.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing diduduki  Dani Pedrosa dan Andrea Dovizioso.

Bagi Vinales, dia tidak sedar apa yang berlaku kepada Rossi sehinggalah dia tiba di garis penamat.

"Saya tidak tahu Valentino berdepan kecelakaan sehinggalah saya tamat perlumbaan.

"Pada pusingan terakhir saya kata 'OK Rossi cuba bersaing dengan saya dan saya bersiap sedia untuk memecut," kata Vinales.

Dengan kemenangan ini, Vinales berada di posisi pertama saingan dengan 85 mata di atas Dani Pedrosa dan Rossi yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Selain Rossi, Marc Marquez tidak dapat menamatkan perlumbaan di Perancis kerena terjatuh.

Keputusan GP Perancis 2017


1. Maverick Vinales Movistar Yamaha 43m 29.793s 
2. Johann Zarco Yamaha Tech 3: 43m 32.927s 
3. Dani Pedrosa Repsol Honda: 43m 37.510s 
4. Andrea Dovizioso Ducati Team: 43m 41.016s 
5. Cal Crutchlow LCR Honda: 43m 43.312s 
6. Jorge Lorenzo Ducati: 43m 53.795s 
7. Jonas Folger Yamaha Tech 3: 43m 55.526s 
8. Jack Miller Estrella: 44m2.396s 
9. Loris Baz Reale Avintia: 44m 15.577s 
10. Andrea Iannone Suzuki Ecstar: 44m 18.125s (jun)
Tags / Kata Kunci: Valentino Rossi , GP Perancis

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan