Hafizh Syahrin Juara Moto2 Eropah

Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 1:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah memperagakan aksi cemerlang untuk memenangi Kejuaraan Moto2 Eropah pada pusingan pertama perlumbaan antarabangsa FIM CEV Repsol di Litar Albacete, Sepanyol, Ahad.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu, yang memulakan perlumbaan dari petak pertama, berjaya merekodkan kemenangan dengan catatan masa 31 minit 13.926 saat, sekali gus meninggalkan pesaing tuan rumah, Hector Garzo di kedudukan kedua dengan perbezaan masa 5.016s.

Tempat ketiga dalam perlumbaan 20 pusingan itu dimenangi oleh seorang lagi pelumba tuan rumah, Augusto Fernandez yang mencipta masa 31:21.269s.

Kejayaan itu menyaksikan pelumba Malaysia berusia 22 tahun itu mendahului saingan dengan 25 mata diikuti Garzo (20 mata) manakala Fernandez di tangga ketiga dengan 16 mata.

Pusingan kedua akan berlangsung di Litar Catalunya di Barcelona dari 16 hingga 18 Jun ini.

Hafizh menyifatkan kemenangan itu sebagai inspirasi untuk menampilkan persembahan baik menjelang pusingan keempat Kejuaraan MotoGP Dunia di Litar Jerez, Sepanyol, Ahad ini.

"Saya amat gembira dengan usaha pasukan melakukan persediaan rapi dan ini memberi keyakinan tinggi untuk perlumbaan hujung minggu ini.

"Walaupun sesi latihan dalam keadaan litar yang basah tetapi berjaya mengawal keadaan pada sesi pemanas badan,"katanya seperti dipetik dalam laman web kejohanan website;www.fimcevrepsol.com.-- Bernama 





Tags / Kata Kunci: Moto2 Eropah , Hafizh Syahrin

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan