Marquez Juara GP AS, Rossi Tempat Kedua

Diterbitkan: Isnin, 24 April 2017 8:32 AM

Marc Marquez. -fotoAP

(Ubah saiz teks)

JUARA dunia tiga kali MotoGP, Marc Marquez meraih kemenangan kelima berturut-turut di Grand Prix Amerika Syarikat (AS) awal pagi Isnin.

Pelumba terkemuka Itali, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan di tangga kedua dan tercicir tiga saat di belakang Marquez bagi merampas kedudukan di puncak carta selepas rakan sepasukannya di Yamaha, Maverick Vinales yang juga juara dalam dua perlumbaan awal musim ini terbabas di pusingan kedua.

Rossi kini mendahului carta keseluruhan kelas utama itu.

Rossi mengumpul 56 mata selepas tiga perlumbaan manakala Vinales 50 mata dan Marquez berganjak ke tangga ketiga dengan 38 mata.

Marquez terbabas dalam perlumbaan sebelum ini di sirkit Termas de Rio Hondo, Argentina selepas mendahului dari petak permulaan namun kali ini tidak melakukan sebarang kesilapan untuk meraih gelaran kelimanya di Austin, Texas.

"Pada awal perlumbaan, saya cuba untuk terus tenang kerana saya memilih untuk menggunakan tayar jenis keras di bahagian depan dan saya tidak tahu bagaimana rasanya... selepas (GP) Argentina, ia kelihatan begitu jauh tetapi kini kami berada di tahap diinginkan dan persaingan sangat rapat," kata Marquez.

Rossi dikenakan penalti 0.3 saat kerana melakukan kesalahan di selekoh tujuh tetapi membuktikan dirinya lebih pantas daripada rakan sepasukan Marquez, Dani Pedrosa.

"Satu perlumbaan yang sangat sukar tetapi saya mampu untuk mengekori rapat pelumba Honda," kata Rossi mengenai tindakan penalti itu yang dikenakan selepas dia dan muka baharu dari Perancis, Johann Zarco hampir bertembung dan mengambil tindakan mengelak.

"Saya sangat gembira kami berada di puncak dan mengumpul banyak mata dan ini juga adalah catatan masa terbaik saya di Austin," kata Rossi.

Tags / Kata Kunci: Marc Marquez , Valentino Rossi , GP Amerika

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan