SIC Lancar Tema 'F1NALE'

Diterbitkan: Sabtu, 15 April 2017 7:10 AM

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani (empat, kiri) dan Azman Yahya (tiga, kiri) bergambar bersama kereta Petronas Formula 1 selepas melancarkan Formula 1 Grand Prix Malaysia 2017, yang terakhir malam Jumaat. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang Datuk Razlan Razali (kanan), Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Jenama Petronas Noor Afiza Mohd Yusof (kiri) dan Pengurus Kanan Kumpulan Strategik Komuniskasi Petronas Zahariah Abd Rahman (dua, kiri). fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) malam Jumaat melancarkan kempen terbarunya bagi penganjuran kali terakhir Grand Prix Formula Satu (F1) Petronas Malaysia 2017 bertemakan 'F1NALE'.

Grand Prix F1 Malaysia 2017 akan berlangsung dari 29 Sept hingga 1 Okt, dan akan menampilkan pelbagai aktiviti dan produk menarik bagi meraikan 19 tahun penganjuran F1 di negara ini, termasuk semua harga tiket baharu yang tidak boleh dilepaskan.

"Daripada bersedih dengan penganjuran kali terakhir perlumbaan antarabangsa berprestij ini, SIC dan Petronas merancang menjadikan acara tahun ini menarik dan bersejarah untuk semua.

"F1 adalah acara yang berjaya dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan bukan hanya bagi Litar Sepang, tetapi juga kepada industri sukan permotoran dan sektor pelancongan sukan Malaysia.

"Impak perlumbaan itu telah dirasai dan ia akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang kerana telah menonjolkan Malaysia di peta dunia," kata Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abdul Rahman berkata Petronas turut berkembang baik menerusi kerjasama dengan pelbagai pasukan F1, dan terbaharu bersama juara dunia tiga kali, Mercedes AMG Petronas Motorsport.

"Petronas berbesar hati mendapat peluang menganjurkan Grand Prix Petronas Malaysia dan perkongsian yang berjaya dengan SIC. Bagi pihak Petronas, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada SIC dalam mengorak langkah seterusnya untuk mencipta sejarah baharu untuk negara tercinta," katanya.

Grand Prix Malaysia yang kali pertama diadakan pada 1999, adalah sebahagian daripada sejarah SIC kerana Litar Sepang dibina khas untuk Malaysia menganjurkan kejuaraan perdana dunia kenderaan empat roda itu.

Bersama penaja utama Petronas, SIC bukan sekadar menganjurkan perlumbaan di litar itu.Mereka juga mengasah bakat pelumba muda seperti Jazeman Jaafar dalam perlumbaan GT dan Nabil Jeffri pada Siri GP2.

Bagi meraikan 'F1NALE', peminat berpeluang bertemu pelumba F1 kegemaran mereka menerusi beberapa aktiviti termasuk forum khas kepada peminat di bandar raya ini sebelum perlumbaan pada hujung minggu.

Turut diadakan tiga jerayawara, bermula di KLCC dari 12 hingga 16 April.Sementara dua lagi akan diadakan di Pulau Pinang dan Johor Bahru, masing-masing pada Ogos dan September.

Bagi menarik lebih ramai peminat menyaksikan perlumbaan itu, SIC akan menjual tiket pada harga murah. Tiket untuk tiga hari perlumbaan dijual antara RM58.68 (Hillstand K2) dan RM613.68 (Grandstand Utama).

Berita baik untuk rakyat Malaysia pula ialah harga tiket bagi Grandstand Utama dijual pada harga RM336.18 manakala tiket Grandstand F1 dan Grandstand K1 dijual, masing-masing pada harga RM169.68 dan RM225.18.

Peminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian di laman web SIC atau membeli terus di Pusat Khidmat Pelanggan di SIC atau menghubungi tiket hotline SIC di 03-8778 2222. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: F1 Malaysia , F1NALE

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan