Alonso Nafi Tinggalkan McLaren-Honda

Diterbitkan: Jumaat, 7 April 2017 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Fernando Alonso menafikan dakwaan dia akan menarik diri daripada pasukan McLaren-Honda ketika saingan Formula Satu (F1) musim ini sedang berlangsung.

Enjin baharu Honda dikatakan kurang berkuasa dan tidak stabil berbanding tahun lalu dan pasukan McLaren kini bergelut menjelang pusingan kedua Grand Prix China minggu ini.

Namun Alonso menegaskan dia lebih berminat untuk terus berlumba berbanding menghabiskan masanya di pusat membeli-belah di kampung halamannya.

Pada masa sama, pelumba kelahiran Sepanyol itu menyifatkan dakwaan bekas pelumba Mark Webber bahawa dia akan berhenti pada pertengahan musim sebagai 'tidak benar'.

"Jika seorang bekas pelumba ditemuramah, pasti terdapat satu soalan mengenai situasi ataupun kesukaran yang dihadapi Alonso.

"Semua orang (bertindak seperti) rapat dengan saya dan beranggapan saya tertekan dengan prestasi jentera, hakikatnya ia tidak seperti begitu.

"Dalam F1, saya cuba memberikan yang terbaik, persiapan saya lebih rapi berbanding sebelum ini. Saya juga memandu dengan pada tahap terbaik (di Grand Prix Australia)," kata pelumba berusia 35 tahun itu.

Alonso berada pada landasan yang tepat untuk mengutip mata menerusi penamat ke-10 di Grand Prix Australia, bulan lalu, tetapi berdepan masalah kerosakan pada jentera.

Dia pada awalnya berjaya menahan asakan dua pencabar sebelum kerosakan berpunca daripada sistem brek memaksanya menarik diri di hujung perlumbaan.

Kontrak Alonso bersama McLaren akan tamat pada akhir musim ini.

Namun timbul spekulasi dia mungkin berhijrah ke Mercedes pada 2018, selepas pasukan juara dunia itu hanya menandatangani Valtteri Bottas untuk tempoh setahun. 

Tags / Kata Kunci: Fernando Alonso , F1

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan