GP Australia: Hamilton, Bottas Dominasi Sesi Latihan Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 24 Mac 2017 12:23 PM

Hamilton (kiri) dan Bottas.

(Ubah saiz teks)

MERCEDES memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan lain pada sesi latiha bebas pertama  perlumbaan Dormula Satu (F1) Grand Prix Australia apabila dua pelumbanya menamatkan saingan di dua kedudukan teratas.

Lewis Hamilton menamatkan latihan di tempat pertama dengan masa terpantas 1'24.220 diikuti rakan sepasukan baharu, Valtteri Bottas.

Manakala pelumba tuan rumah dari pasukan Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat ketiga, manakala rakan sepasukannya Max Verstappen di tempat keempat.

Pada sesi tersebut, Hamilton tampil dengan pemanduan sempurna tanpa sebarang kesilapan ketika di selekoh dengan menggunakan tayar Pirellis 'super-soft'.

Juara dunia tiga kali itu terus menjadi tumpuan musim ini dalam misinya untuk merangkul kejuaraan keempat malah permulaan musim yang baik bersama rakan baharunya itu.

Dalam pada itu, Bottas dilihat tidak kekok beriringan dengan Hamilton selepas mengambil alih posisi Nico Rosberg yang bersara selepas merangkul juara dunia musim lalu.

Dua pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel masing-masing menamatkan sesi awal latihan di tempat kelima dan  keenam.

Tags / Kata Kunci: Mercedes , Lewis Hamilton

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan