Mika Hakkinen Kembali Sertai McLaren

Diterbitkan: Jumaat, 17 Mac 2017 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

BEKAS juara dunia dua kali Formula Satu (F1) Mika Hakkinen kembali menyertai pasukan McLaren sebagai 'duta bersama'.

Finn,48, melengkapkan 130 perlumbaan grand prix bersama McLaren di antara tahun 1993 dan 2001 dan meraih 20 trofi kemenangan serta dua kali gelaran juara dunia (1998,1999).

Hakkinen bakal bekerja sama dengan Pengarah Eksekutif Zak Brown, Ketua Pegawai Eksekutif McLaren Automitive, Mike Flewitt dan pasukan pemasaran.

"Saya sentiasa menganggap McLaren adalah 'rumah' Formula 1 dan berada di hati setiap orang dalam pasukan ini.

"Sudah tentu beberapa tahun lepas, McLaren berada dalam keadaan sukar, namun saya sentiasa percaya bahawa 'bila' lebih penting daripada 'jika' pasukan ini akan kembali hebat.

"Dan saya mahu memainkan peranan untuk membantunya menjadi kenyataan.

"Kembali bersama McLaren satu keputusan yang mudah bagi saya kerana kami tidak pernah putus hubungan," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Mika Hakkinen , McLaren

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan