F1: Force India Perkenal Jentera Baharu Merah Jambu

Diterbitkan: Rabu, 15 Mac 2017 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Force India memperkenalkan jentera baharu Formula Satu (F1) dengan warna dramatik, merah jambu pada saingan musim ini.

Perubahan warna merah jambu bersama garisan hitam itu dipilih berikutan tajaan baharu pasukan musim ini bersama dengan sebuah syarikat teknolgi air, BWT.

Bukan sahaja jentera bewarna merah jambu, malah topi keledar kedua-dua pemandu, Sergio Perez dan Esteban Ocon akan ditukar dengan warna yang sama.

"Kedatangan BWT dalam sukan F1 memberi impak besar dan sejarah kerjasama yang penting sejak sepuluh tahun lalu.

"Ia juga merupakan  petanda awal bahawa kami 'sebuah pasukan' selepas mencatat keputusan yang baik sebelum ini.

"Bagi 2017, jentera kami direka dengan warna baharu dengan sentuhan yang sempurna," jelas satu kenyataan dari  Force India.

Sebelum ini jentera Force India dikenali dengan warna kelabu gelap.

Tags / Kata Kunci: Force India , Merah Jambu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan