Legenda F1 Britain Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Mac 2017 7:18 AM

John Surtees.

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Formula Satu (F1) dari Britain, John Surtees meninggal dunia di sini, pada Jumaat.

Mendiang yang juga juara dunia Grand Prix (GP) Motosikal menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 83 tahun.

Surtees dimasukkan ke Hospital St George, London pada bulan lalu selepas mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Surtees yang merangkul kejuaraan F1 pada tahun 1964 selepas muncul juara empat kali GP Motosikal 500cc 'meninggal dunia dalam keadaan aman'.

Isteri mendiang, Jane dan dua anak perempuannya, Leonora dan Edwina berada di samping beliau ketika menghembuskan nafas terakhir.

Berita kematian Surtess dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarganya pada Jumaat.


Tags / Kata Kunci: John Surtees , F1

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan