McLaren Lega Ecclestone Bukan Lagi Pemilik F1

Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 1:32 PM

Bernie Ecclestone

(Ubah saiz teks)

PENGARAH Eksekutif McLaren, Zak Brown menjelaskan bahawa perlumbaan Formula 1 (F1) akan lebih 'ramah-peminat' berikutan ketiadaan Bernie Ecclestone.

Isnin lalu, pemilik baharu F1 Liberty Media mengumumkan Ecclestone telah kehilangan serta merta peranannya sebagai ketua eksekutif kepada Chase Carey.

Sebagai rombakan baharu, bekas bos Mercedes, Ross Brawn kembali ke dunia pemotoran bertindak sebagai pengarah urusan, pemotoran.

Brown berkata, Ecclestone telah membina asas yang kukuh kepada Liberty untuk dibangunkan.

"Sukar untuk mengikuti langkah Bernie. Tetapi dia telah mencipta landasan yang kukuh bagi Chase Carey dan Leberty Media untuk menguruskan Formula 1 menjadi sebuah acara yang lebih besar dan baik.

"Dan McLaren akan bekerjasama, malah kami sememangnya mempunyai hubungan baik bersama ketua-ketua di Liberty Media dan bersedia untuk menjadi lebih rapat.

"Bagaimana ia akan jadi lebih 'besar dan baik' akan terdedah dengan sendiri? Saya yakin jawapannya ada pada perkataan 'liberty' dan 'media'.

"Dalam tempoh sedekad akan datang saya menjangkakan Formula 1 akan diuruskan dalam situasi yang lebih bebas dan ramah-peminat.

"Dalam masa sama juga saya berharap dapat melihat generasi baharu dalam dunia F1.

"Hubungan dengan peminat amat penting dan penglibatan Liberty Media bertepatan.

"Hari ini adalah masa yang sesuai untuk kita memberi penghormatan kepada usahawan yang berwawasan Bernie Ecclestone dengan mengucapkan terima kasih kepadanya," jelas Brown.

Tags / Kata Kunci: McLaren , Bernie Ecclestone

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan