Valtteri Bottas Sertai Mercedes - Williams

Diterbitkan: Selasa, 17 Januari 2017 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA Finland, Valtteri Bottas bakal mengambil alih posisi Nico Rosberg di Mercedes musim ini.

Williams mengesahkan pemindahan pelumbanya itu bagi mengisi kekosongan pasukan juara dunia selepas Rosberg mengambil keputusan bersara sebaik sahaja menjulang trofi kejuaraan musim lalu.

"Williams secara rasminya mengesahkan Felipe Massa bersetuju untuk kembali menyertai kami selepas bersara dengan kontrak setahun bagi menggantikan Valtteri Bottas yang dilepaskan untuk bersama Mercedes bagi musim 2017," jelas William dalam satu kenyataan.

Namun belum ada kenyataan rasmi daripada Mercedes.

Bottas,27, bakal bergandingan dengan juara tiga kali dunia, Lewis Hamilton bersama Mercedes dan dijangka akan terus menjadi pasukan pilihan untuk berebut gelaran musim baharu ini.

Sepanjang empat musim bersama Williams, Bottas gagal meraih sebarang kejuaraan dunia, namun berjaya menaiki podium sebanyak sembilan kali.

Bottas menjadi harapan untuk meneruskan dominasi kejuaraan bersama Mercedes.

Sebagai rekod, Rosberg membuat keputusan mengejut untuk bersara daripada perlumbaan Formula Satu (F1) selepas lima hari dinobatkan juara dunia pada perlumbaan pusingan akhir di Abu Dhabi Disember lalu.

Menurut Rosberg, dia tidak sanggup untuk mengulangi pengorbanannya ketika bersaing dengan rakan sepasukan, Hamiton dalam merebut gelaran pelumba terbaik dunia .

Tags / Kata Kunci: Valtteri Bottas , Mercedes , Williams

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan