Hamilton Akui Penganjur Dari Amerika Syarikat Lebih Hebat

Diterbitkan: Selasa, 20 Disember 2016 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton percaya perlumbaan Formula Satu (F1) bakal menjadi lebih meriah dengan kehadiran penonton sekiranya menggunakan pendekatan seperti beberapa penganjur acara sukan di Amerika Syarikat.

Juara dunia tiga kali itu menganggap suasana perlumbaan F1 tidak menyeronokkan seperti perlawanan Super Bowl yang diadakan di Amerika.

"Pengurusan Formula Satu tidak cukup hebat setakat ini. Pertandingan boling, yang dianjurkan di Amerika, jauh lebih baik. Sekiranya anda mencampurkan sedikit elemen yang digunakan oleh mereka, saya yakin lebih ramai peminat perlumbaan akan hadir," jelasnya.

Malah Hamilton mengakui kehadiran Taylor Swift dan Usher yang mengadakan persembahan ketika GP Austin sebelum ini telah membuktikan rekod kehadiran tertinggi keseluruhan bagi musim 2016.

Dalam pada itu, pelumba kelahiran Britain itu yang menguasai kedudukan kedua keseluruhan di belakang rakan sepasukannya di Mercedes, Nico Rosberg berkata, dia tidak akan memberi peluang yang sama untuk musim depan setelah tiga kali mengalami masalah enjin sepanjang 2016.

Malah Hamilton turut bertegas mahu mengekalkan rekod kejuaraan pasukannya walaupun terpaksa menunggu sehingga tahun baharu untuk mengetahui pengganti Rosberg yang membuat keputusan bersara mengejut selepas lima hari bergelar juara dunia bulan lalu.

"Tugas pasukan adalah menyediakan peluang sama rata kepada pemandu-pemandu mereka. 

"Dan malang sekali, saya tidak mendapat peluang tersebut  kerana saya berdepan dengan kegagalan di bahagian bengkel.

"Manakala pihak satu lagi tidak melalui nasib seperti saya. Jadi apabila keadaan ini berlaku, saya mengalami tekanan yang menyebabkan apa sahaja boleh berlaku.

"Tetapi saya tidak melakukan perkara yang membahayakan orang lain.

"Menjelang 2017, saya amat positif dan dalam proses untuk mencari apa yang perlu dilakukan untuk tahun depan.

"Apabila saya hilang gelaran dunia tahun ini, motivasi saya untuk merampas kembali takhta juara semakin berganda-ganda," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Mercedes

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan