Gabit Juara Supermoto Asia 2016

Diterbitkan: Isnin, 19 Disember 2016 9:30 AM

Gabit meraikan kejayaannya.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelumba muda negara, Muhammad Habibullah Mohd Saleh, membuktikan keunggulannya apabila muncul juara keseluruhan Kejohanan FIM Asia Supermoto 2016 selepas menguasai dua perlumbaan pada pusingan terakhir kejohanan itu di perkarangan Stadium Shah Alam pada Ahad.

Kemenangan yang dilakar pelumba pasukan KTM Malaysia Racing Team itu menyaksikan beliau mengumpul 171 mata dan rakan sepasukannya dari Australia, Andrew McLiesh berada di tangga kedua dengan 138 mata.

Seorang lagi pelumba tempatan, Mohammad Khairi Zakaria yang adalah pelumba bebas, menduduki tangga ketiga keseluruhan selepas mengutip 123 mata.

Pada perlumbaan pertama, Muhammad Habibullah yang juga dikenali dengan nama 'Gabit' mencatat masa terpantas 21 minit 33.6 saat, sekaligus mengatasi pelumba bebas dari New Zealand, Richard Dibben (21:34.9s), manakala Mohammad Khairi di tempat ketiga menerusi catatan 21:41.2s.

Beliau menerima saingan sengit daripada Richard pada perlumbaan kedua, namun berjaya mengekalkan pemanduan cemerlang menerusi catatan 21:58.1s, berkelebihan 00.4 saat di hadapan Richard (21:58.5s) manakala pelumba Jepun, Yasushi Matsumoto dari pasukan Autorace KYT Global Racing di tempat ketiga (21:58.8s).

Muhammad Habibullah, 25, yang ditemui pemberita selepas perlumbaan berkenaan, berterima kasih kepada krew teknikal pasukannya yang menyediakan jentera mantap bagi membolehkannya muncul juara keseluruhan pada tahun ini.

"Ini tahun kedua saya sertai kejohanan ini dan kejayaan muncul juara pada tahun ini amat bermakna untuk saya.

"Saya juga berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat sukan permotoran yang banyak memberi sokongan," katanya yang menyasarkan untuk mengekalkan kejuaraan pada edisi seterusnya.

Juara keseluruhan membawa pulang piala kejohanan dan wang tunai berjumlah AS$3,000 (RM13,428), tempat kedua AS$2,000 (RM8,952) manakala tempat ketiga meraih AS$1,000 (RM4,476).

Pusingan pertama perlumbaan berlangsung di Newcastle, Australia pada 3-4 September; pusingan kedua di Malang, Indonesia (8-9 Oktober) manakala pusingan ketiga di Clark, Filipina dari 19-20 November lepas.

Kejohanan FIM Asia Supermoto dianjurkan Asia Supersports Group yang adalah konsortium kepada tiga syarikat tempatan iaitu Bikenation Motorsports Sdn Bhd, CW Media Sdn Bhd dan E-Plus Entertainment Productions (M) Sdn Bhd, serta mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Tags / Kata Kunci: Gabit , Supermoto 2016

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan