Alonso, Button Disebut Ganti Rosberg

Diterbitkan: Sabtu, 3 Disember 2016 3:03 PM

Button (kiri) dan Alonso antara calon yang disebut menjadi pengganti Rosberg. - AFP

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN Nico Rosberg mengumumkan persaraan selepas lima hari dinobatkan sebagai juara dunia Formula Satu (F1), mencetuskan teka-teki siapa bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemandu Mercedes AMG Petronas itu.

Antara nama yang menjadi sebutan adalah Fernando Alonso dan Jenson Button yang dianggap layak menggantikan tempat pemandu Jerman tersebut.

Namun kedua-dua pemandu berpengalaman itu masing-masing mempunyai isu kontrak bersama pasukan sendiri sekiranya mahu menyertai pasukan Mercedes AMG Petronas.

Juara dunia dua kali, Alonso pastinya mahu melakar kejayaan yang lebih bermakna buat kali terakhir bersama pasukannya, Mclaren selepas mendapat tawaran lumayan bernilai AS$25 juta (RM100 juta) untuk musim depan.

Button pula yang mengumumkan persaraan pada Ahad lalu, dijangka kembali ke dunia F1 selepas bergelar juara pada musim 2009 bersama pasukan Brawn GP.

Namun kini pemandu berusia 36 tahun itu mengikat kontrak sebagai duta pasukan Mclaren-Honda tetapi tidak terlibat dalam sebarang perlumbaan.

Selain Alonso dan Button, Sebastian Vettel juga dikaitkan sebagai pengganti Rosberg tetapi kemungkinan besar pasukannya, Ferrari tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

Sementara itu, pemandu muda berbakat besar, Max Verstappen yang baru berusia 19 tahun, tidak terkecuali walaupun telah mengikat kontrak bersama pasukan Red Bull Racing-TAG Heuer.

Sementara itu, pengerusi bukan eksekutif pasukan Mercedes AMG Petronas F1 mengakui tugas untuk mencari pengganti Rosberg merupakan masalah yang besar.

Tags / Kata Kunci: Nico Rosberg

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan