"Saya Juara Sebenar" - Lewis Hamilton

Diterbitkan: Ahad, 27 November 2016 12:00 PM

(Ubah saiz teks)

ABU DHABI: Lewis Hamilton menganggap dirinya juara sebenar Formula Satu walaupun keputusan perlumbaan di sini pada saingan yang akan berlangsung Ahad tidak memihak kepadanya.

Jika berjaya mengatasi ramalan dan menafikan kejuaraan pertama rakan sepasukannya di Mercedes Nico Rosberg, ia pasti menjadi pencapaian paling bergaya dalam karier pelumba Britain itu.

"Dalam hati saya sepatutnya merasakan perkara itu dan mungkin saya wajar terus merasakan sebegitu, tetapi saya juga berbangga kerana selama ini sudah membuktikan keupayaan.

"Jika dia bergelar juara dunia, hati saya mungkin tidak bersetuju,” kata Hamilton yang mencatat masa terpantas pada sesi latihan menjelang perlumbaan di Yas Marina.

Seperti Rosberg, Hamilton juga menjulang sembilan kejuaraan musim ini tetapi laluannya untuk menduduki takhta agak sukar.

Pelumba Britain itu berkata, apa yang dia rasakan itu tidak bermakna Rosberg tidak layak dianggap sebagai juara tetapi bagi dirinya, juara dunia sepatutnya muncul yang terbaik dalam semua segi.

“Sama seperti 2007, di dalam hati saya merasakan bahawa sayalah juara sebenar,” katanya.

Pada musim 2007, Hamilton hanya tewas beberapa mata di tangan pelumba Ferrari Kimi Raikkonen.

Musim ini, pelumba berusia 31 tahun ini bangkit daripada ketinggalan 43 mata dan kini berpeluang muncul pelumba Britain pertama yang menang empat musim berturut-turut.

Walaupun menang tiga perlumbaan terakhir, Hamilton sedar Rosberg hanya perlu menamatkan saingan pada Ahad di kedudukan podium untuk dinobatkan sebagai juara.

Pemerhati Formula Satu memilih Rosberg sebagai calon utama untuk menjadi juara musim ini dan tidak ramai yang menganggap Hamilton mampu memintasnya.

“Jika saya menang? Sudah tentu ia hebat dan menjadi pencapaian terbesar dalam karier saya,” katanya.

“Ia pasti sengit. Sama getir dengan tahun-tahun sebelumnya terutama ketika saya masih muda.”-Reuters





Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , F1 , Abu Dhabi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan