F1: Button Akhiri Karier Pelumba Di Litar Yas Marina

Diterbitkan: Jumaat, 25 November 2016 6:19 PM

(Ubah saiz teks)

PERLUMBAAN pusingan akhir  Formula Satu (F1) di Abu Dhabi minggu ini bukan sahaja menyaksikan perebutan trofi juara dunia di antara Lewis Hamilton dan Nico Rosberg, tetapi penampilan akhir Jenson Button sebagai pelumba berprestij dunia ini.

Button, 36, membuat pengumuman untuk bersara dalam perlumbaan dunia selepas 16 tahun bergelar pelumba F1 pada Khamis.

Juara dunia 2009 ini bakal membuat penampilan ke-305 sekaligus yang terakhir di Litar Yas Marina walaupun McLaren menawarkan pilihan untuk terus berlumba pada tahun 2018.

Pelumba kelahiran Britain itu mengumumkan akan berehat pada tahun 2017 dan tidak akan kembali ke litar selepas itu.

"Saya melalui minggu ini dan menyedari ianya adalah perlumbaan terakhir. Saya yakin ianya adalah yang terbaik.

"Saetakat ini, saya tidak mahu lagi berlumba dalam F1 selepas tahun 2016," jelasnya yang tiba di Yas Marina bersama teman wanitanya, Brittny Ward.

Tags / Kata Kunci: Jenson Button , McLaren

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan