Hafizh Kumpul Satu Mata Di GP Valencia

Diterbitkan: Isnin, 14 November 2016 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih satu mata dalam perlumbaan Moto2 terakhir musim ini di Valencia, Sepanyol.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 22 tahun itu memulakan perlumbaan di petak ke-24 dan tamat di kedudukan ke-15 sekali gus menambah pungutan mata keseluruhan.

Hafizh kini berada di tempat kesembilan dalam kedudukan keseluruhan dengan 118 mata - kedudukan terbaiknya dalam tempoh tiga tahun dalam kategori Moto2.

Hafizh terlepas sesi latihan pada Jumaat selepas berhadapan masalah keracunan makanan.

Beliau bagaimanapun berjaya pulih selepas mendapat rawatan dan mampu untuk mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan Sabtu lalu.

Sementara itu pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi gagal menamatkan musim ini dengan kedudukan yang tinggi.

Pelumba Honda Team Asia berusia 18 tahun itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-25 pada Ahad.

Namun, ini akan menjadi musim yang sukar dilupakan Khairul kerana beliau sudah memenangi dua perlumbaan di Argentina dan Jerman pada awal tahun ini.

Khairul yang akan berpindah ke Moto2 tahun depan menamatkan musim pada kedudukan ke-19 dengan 62 mata.

Tags / Kata Kunci: Moto2 , Hafizh Syahrin Abdullah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan