MotoGP: Lorenzo Tawan Litar Valencia

Diterbitkan: Ahad, 13 November 2016 10:45 PM

(Ubah saiz teks)

JUARA dunia tiga kali, Jorge Lorenzo menamatkan kariernya bersama Yamaha menerusi kemenangan bergaya di Grand Prix MotoGP Valencia pada Ahad.

Pelumba Sepanyol itu memintas rakan senegaranya, Marc Marquez dari Honda yang menduduki tempat kedua.

Sementara itu penunggang Itali, Andrea Iannone yang memberi laluan kepada Lorenzo di Ducati bagi menyertai Suzuki pada 2017, menduduki tempat ketiga untuk menafikan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Rossi menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Keputusan MotoGP:

1. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 45:54.228

2. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 45:55.413

3. Andrea Iannone (Itali) Ducati 46:00.831

4. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 46:01.896

5. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 46:04.838

6. Pol Espargaro (Sepanyol) Yamaha 46:12.606

7. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 46:12.645

8. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 46:12.906

9. Bradley Smith (Britain) Yamaha 46:20.221

10. Alvaro Bautista (Sepanyol) Aprilia 46:29.293

11. Hector Barbera (Sepanyol) Ducati 46:30.653

12. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 46:36.643

13. Stefan Bradl (Jerman) Aprilia 46:44.051

14. Scott Redding (Britain) Ducati 46:46.263

15. Jack Miller (Australia) Honda 46:49.853

Tags / Kata Kunci: MotoGP , Valencia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan