Sesi Latihan: Dua Kali Hamilton Atasi Rosberg

Diterbitkan: Sabtu, 12 November 2016 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

SAO PAULO: Cuaca panas tidak menghalang Lewis Hamilton mencatatkan masa terpantas dalam dua sesi latihan bebas bagi mengatasi pendahulu kejuaraan, Nico Rosberg yang juga rakan sepasukannya menjelang perlumbaan Grand Prix Brazil  pada Ahad.

Juara dunia tiga kali itu mencatat masa terbaik pada sesi latihan di sebelah pagi, kekal di tempat teratas dengan satu minit dan 12.271 saat, mendahului 0.030 saat di depan Rosberg.

Pemandu berumur 31 tahun dari Britain itu berpuas hati dengan usahanya, namum memberi amaran  akan melakukan yang terbaik dalam pertarungannya bagi merebut kejuaraan dunia.

"Ia adalah hari yang baik. Kami berdepan semua program yang dijalankan dan kereta saya sangat bagus. Ia agak sukar di luar sana secara fizikalnya kini dengan cuaca terlalu panas. Bukan hanya di dalam kereta tetapi bagi mereka yang berada di garaj juga.

"Mencari keseimbangan yang betul juga bukanlah mudah dalam keadaan seperti ini apabila tayar akan menjadi terlalu panas tetapi rentak kami dilihat seimbang dan memuaskan jadi kami boleh bergembira dengan permulaan yang kami lakukan," kata Hamilton. 

Bagaimanapun Rosberg berkata, biarpun tidak memenangi kejayaan pada perlumbaan esok, dia akan mengekalkan usahanya untuk menaiki podium sekali gus menafikan peluang Hamilton menambah kejuaraan keempatnya.

Rosberg hanya perlu melengkapkan hatrik dengan kejayaan di Interlagos bagi menjulang kejuaraan pemandu, tetapi dia tahu dengan mendahului 19 mata dan berbaki dua perlumbaan dia hanya perlu berada di tempat kedua dalam dua perlumbaan bagi membolehkannya memenangi kejuaraan pelumba dunia. - AFP

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Brazil , Nico Rosberg

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan