Sukar Untuk Menelan Kekalahan - Hamilton

Diterbitkan: Selasa, 8 November 2016 10:38 AM

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton mengakui amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa trofi kejuaraaan dunia bukan menjadi miliknya musim ini.

Hamilton tewas kepada rakan sepasukan Mercedes, Nico Rosberg yang kini mengutip 349 mata keseluruhan.

Selepas kecewa dengan aksi pada Grand Prix Malaysia awal Oktober lalu apabila berdepan dengan masalah enjin, pelumba Britain itu bangkit menjuarai GP Amerika Syarikat dan Mexico bagi mencerahkan peluangnya merebut kedudukan keseluruhan pelumba.

Namun, hakikatnya ia amat sukar dilaksanakan dengan baki dua pusingan lagi musim ini, di Brazil dan Abu Dhabi serta ketinggalan 19 mata kepada Rosberg.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk bersedia menghadapi kekalahan. Saya tidak fikir anda boleh bersiap sedia untuk tewas walaupun pernah berdepan dengan situasi itu sebelum ini," ujar Hamilton yang mencatat 330 mata setakat ini.

Kali terakhir Hamilton bersaing merebut kedudukan pada tahun 2007 selepas Kimi Raikkonen kelebihan 17 mata.

"Saya sedar ia tidaklah terlalu menyakitkan. 

"Saya banyak kehilangan mata pada beberapa perlumbaan sepanjang karier ini, jadi sebenarnya saya sudah melalui pengalaman seperti ini.

"Tetapi situasi sekarang jelas kelihatan bahawa saya mungkin akan menang dan kalah.

"Amat sukar untuk ditelan, namun itulah yang perlu dihadapi.

"Hidup perlu diteruskan. Saya akan lupakan pengalaman ini. 

"Saya sudah ada tiga...jadi saya sangat berharap tahun depan tidak ada lagi masalah-masalah yang timbul,"jelas juara dunia tiga kali itu.

Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , Mercedes

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan