MotoGP Malaysia Catat Kehadiran Penonton Tertinggi Sejak 1999 - SIC

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 11:17 AM

PARA peminat sukan permotoran dari dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang menyaksikan saingan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober 2016. - BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) amat berpuas hati dengan sambutan luar biasa penonton pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP Malaysia) yang berakhir pada Ahad.

Pengerusinya, Tan Sri Mohamed Azman Yahya berkata, kehadiran penonton lebih daripada 100,000 pada hari perlumbaan merupakan pencapaian terbaik setakat ini.

"Tahun lalu kehadiran penyokong amat baik, tetapi tahun ini amat menakjubkan walaupun cuaca hujan dan berlaku kesesakan sejak awal pagi lagi.

"Mungkin kita ada lima pelumba tempatan yang beraksi tahun ini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung sini," jelasnya kepada media.

Mohamed Azman berkata, pihaknya juga amat gembira dengan program wildcard yang membuktikan pelumba tempatan mampu bersaing di peringkat dunia.

"Pelumba Malaysia menunjukkan prestasi yang sangat baik. Hafizh Syahrin amat bagus dengan menduduki tempat kelima keseluruhan (Moto2), begitu juga dengan Ramdan Rosli.

"Malah pelumba kita Adam Norrodin ( Drive M7 SIC Team) juga bagus dan insiden yang berlaku bukan kesilapannya. Malah kami bangga dengan pencapaian Jakub Kornfeil yang tamat di tempat kedua (Moto3).

"Program wildcard ini akan diteruskan diteruskan pada tahun depan," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai  Eksekutif SIC, Datuk Razali mengesahkan bawah ada pelumba tempatan yang beraksi akan beraksi di kejuaraan tahun depan.

"Cuma kita tidak tahu sama ada Khairul Idham akan bertukar ke Moto2 atau kekal, ini akan menjadi satu tanda tanya.

"Adam pun kita akan kekalkan dan mengharapkan dia mampu mencatat pencapaian yang lebih baik dan mengutip mata.

"Hafizh mungkin berdepan tahun yang kritikal dan perlu sentiasa mencapai kedudukan lima terbaik.

"Jadi semua faktor itu akan terus menjadi tarikan untuk kejuaraan tahun depan," jelasya.

Seramai 161,553 penonton hadir ke SIC untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP, sekali gus mencipta sejarah kehadiran penonton paling ramai sejak mula dianjurkan pada tahun 1999 di Sepang.

Seramai  17,711 penonton membanjiri  litar pada sesi latihan bebas (Jumaat) manakala seramai 48,466 untuk sesi kelayakan.

Penganjuran pada tahun lalu merekodkan kehadiran 150,563 penonton secara keseluruhan keseluruhan.

Sebagai rekod, kali terakhir MotoGP Malaysia yang berlangsung dalam cuaca hujan adalah pada tahun 2014 dengan kehadiran 130,925 penonton.

Tags / Kata Kunci: MotoGP , SIC , Litar Antarabangsa Sepang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan