Moto2: Zarco Juara Dunia, Hafizh Capai Sasaran

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 3:30 PM

Juara Moto2 Johann Zarco dari Perancis (tengah) meraikan kemenangan dengan pemenang tempat kedua, Franco Morbidelli dari Itali (kiri) dan tempat ketiga, Jonas Folger dari Jerman pada majlis penyampaian hadiah di Litar Sepang, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Ajo Motosport, Johann Zarco mempertahankan gelaran juara dunia Moto2 apabila memenangi perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Pelumba kelahiran Perancis berusia 26 tahun itu menguasai perlumbaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca hujan dan panas dengan mencatat masa terpantas, 45:51.036.

Malah Zarco turut mengekalkan rekod juara kali kedua berturut-turut di Litar Sepang.

Zarco berjaya mengumpul 251 mata selepas yang sebelum ini mengumpul 226 dengan lapan trofi kejuaraan termasuk Pusingan 17 di Malaysia ini.

Sementara itu, pelumba Estrella Galicia 0,0 marc VDS, Franco Morbidelli yang bersaing rapat dengan Zarco menamatkan di tempat kedua dengan kelebihan masa 3.256s.

Jonas Folger dari pasukan Dynavolt Intact GP menguasai kedudukan ketiga, diikuti pelumba Lorenzo Baldassarri (Forward Team).

Kelompok terbaik kelima pula, menjadi milik pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah yang menunggang jentera Kalex untuk pasukan Petrona Raceline Malaysia.

Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Azman Yahya (kanan) memberi kata-kata semangat kepada pelumba Moto2 negara dari pasukan Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin pada perlumbaan Moto2 Grand Prix Malaysia 2016 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.



Keputusan itu juga menyaksikan Hafizh Syahrin berjaya memperbaiki kedudukan kelapan musim lalu di hadapan penonton sendiri.

"Permulaan yang agak sukar sedikit tetapi tetap yakin melakukan yang terbaik. 

"Cuma pada selekoh pertama saya tidak dapat berhenti dan menyebabkan terkeluar sedikit dan turun ke tempat kelapan.

"Namun selepas itu saya berjaya mengejar balik dan berada di tempat kelima.

"Sebelum itu saya cuba untuk terus ke depan tetapi Simone (Corsi) dan Marquez (Alex) cuba menghalang saya untuk memintas mereka," jelasnya kepada media selepas perlumbaan.

Hafizh Syahrin yang digelar El Pescao (Ikan Kecil) itu bagaimanapun tetap berpuas hati dengan pencapaian di tempat sendiri ini.

"Memang sasaran saya untuk berada dalam kelompok lima terbaik tetapi kalau dapat podium itu adalah bonus. Ini pun dikira rezeki bagi pasukan dan penyokong-penyokong saya," tambahnya.

Hafizh Syarin bakal beraksi pada pusingan akhir MotoGP di Valencia pada 13 November ini dan menjadi peluang terakhir untuk mengumpul mata bagi menguasai kedudukan kelapan keseluruhan musim ini.

"Jika saya dapat menamatkan saingan dalam kelompok sepuluh terbaik saya mungkin dapat mata yang lebih baik," ujarnya.

Dia kini mengumpul 117 mata keseluruhan dan berada di tempat ke-9.

Selain itu, Ramdan Rosli yang juga rakan sepasukan Hafizh Syahrin turut tampil dengan aksi memberangsangkan apabila mengekalkan kedudukan ke-12 seperti yang dicatat ketika pusingan kelayakan pada Sabtu.

"Pertama kali mengutip mata dalam aksi wildcard kedua. Ini merupakan satu bonus untuk saya dan pasukan.

"Sudah tentu ini menjadi pembakar semangat saya untuk melakukan terbaik pada perlumbaan terakhir di Valencia musim ini," jelasnya.



Keputusan penuh perlumbaan Moto2:

1. Johann ZARCO -Ajo Motorsport Kalex 45'51.036
2.Franco MORBIDELLI-Estrella Galicia 0,0 Marc VDS
3.Jonas FOLGER -Dynavolt Intact GP +3.689
4.Lorenzo BALDASSARRI Forward Team +21.428
5.Hafizh SYAHRIN-Petronas Raceline Malaysia +24.700
6.Thomas LUTHI -Garage Plus Interwetten +26.184
7.Alex MARQUEZ -Estrella Galicia 0,0 Marc VDS
8.Xavi VIERGE -Tech 3 Racing +28.855
9.Luca MARINI -Forward Team +29.247
10.Isaac VIÑALES-Tech 3 Racing +29.969
11.Simone CORSI -Speed Up Racing +30.866
12.Ramdan ROSLI -Petronas AHM Malaysia+31.260
13.Remy GARDNER -Tasca Racing Scuderia Moto2 +31.793
14.Alex RINS-Paginas Amarillas HP 40 +34.697
15.Xavier SIMEON-QMMF Racing Team +46.669
16.Jesko RAFFIN -Sports-Millions-EMWE-SAG +49.126
17.Sandro CORTESE-Dynavolt Intact GP +49.293
18.Danny KENT-Leopard Racing +51.610
19.Edgar PONS-Paginas Amarillas HP 40 +54.949
20.Marcel SCHROTTER-AGR Team +55.461
21.Takaaki NAKAGAMI -IDEMITSU Honda Team Asia+1'08.613
22.Iker LECUONA -arXpert Interwetten+1'16.574
23.Mattia PASINI-Italtrans Racing Team +1'25.838
24.Ratthapark WILAIROT -IDEMITSU Honda Team Asia+2'01.635
Tags / Kata Kunci: Johann Zarco , SIC , MotoGP , Moto2

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan