MotoGP: Litar Sepang Saksi Dovizioso Rangkul Juara Selepas Tujuh Tahun

Diterbitkan: Ahad, 30 Oktober 2016 5:02 PM

Pasukan Ducati meraikan kejayaan Davizioso sebaik menamatkan perlumbaan MotoGP di tempat pertama di Litar Sepang, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati Team mengungguli perlumbaan akhir MotoGP Grand Prix Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad.

Sebelum ini, pelumba kelahiran Itali itu turut menguasai pusingan kelayakan pada Sabtu yang turut menyaksikan keputusan yang sama di tempat kedua dan ketiga oleh dua pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi diikuti Jorge Lorenzo.

Kejayaan Davizioso di Litar Sepang ini dianggap bermakna kerana berjaya menamatkan kemarau trofi juara yang kali terakhir dirangkul pada Grand Prix Great Britain, 2009.

"Tempoh yang panjang selepas menjadi juara pada 2009 dan saya sangat gembira dengan kejayaan ini.

"Saya amat mahukan kemenangan ini walaupun berdepan dengan saingan sukar.

"Terima kasih kepada pasukan, keluarga dan semua yang menyokong saya," jelasnya sebaik sahaja tamat perlumbaan.

Dovizioso merakam masa terpantas 42'27.333 meninggalkan Rossi dan Lorenzo.

Sebelum itu, kedudukan pertama dikuasai Rossi namun dipintas Dovizioso pada lima lap terakhir.

Dovizioso kini berada di tangga kelima keseluruhan pelumba.

Selain itu, pelumba Repsol Honda Team Marc Marquez yang telahpun disahkan sebagai juara dunia ketika aksi Grand Prix Jepun sebelum ini, hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-11.

Perlumbaan pusingan terakhir MotoGP bakal berlangsung pada 13 November ini di Valencia.



Keputusan penuh MotoGP Malaysia:

1.Andrea DOVIZIOSO-Ducati Team 42'27.333
2.Valentino ROSSI-Movistar +3.115
3.Jorge LORENZO -Movistar Yamaha +11.924
4.Hector BARBERA-Avintia Racing +19.916
5.Loris BAZ-Avintia Racing+21.353
6.Maverick VIÑALES-Team SUZUKI ECSTAR +22.932
7.Alvaro BAUTISTA-Aprilia Racing Team +25.829
8.Jack MILLER-Estrella Galicia 0,0 +32.746
9.Pol ESPARGARO -Monster Yamaha Tech 3 +33.704
10.Danilo PETRUCCI-OCTO Pramac Yakhnich +34.280
11.Marc MARQUEZ -Repsol Honda Team +36.480
12.Eugene LAVERTY-Pull & Bear Aspar Team +36.638
13.Aleix ESPARGARO -Team SUZUKI ECSTAR +36.897
14.Bradley SMITH -Monster Yamaha Tech +45.609
15.Scott REDDING-OCTO Pramac Yakhnich +49.779
16.Hiroshi AOYAMA-Repsol Honda Team +52.665
17.Stefan BRADL-Aprilia Racing Team Gresini +52.784
18.Tito RABAT-Estrella Galicia 0,0 Marc VDS +54.891
Tags / Kata Kunci: Ducati Team , Andrea Davizioso , SIC

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan