Tumpu Pembangunan Bakat Tempatan Berbanding Taja F1 - KJ

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2016 11:30 PM

Khairy Jamaluddin memakaikan lencana Tahap Emas semasa Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas Peringkat Kebangsaan 2016 pada Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pembangunan bakat dalam kalangan pemandu tempatan lebih penting berbanding mengeluarkan kos yang besar menganjurkan perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) yang tidak lagi menguntungkan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata bakat sedia ada seperti pemandu profesional negara Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Akash Nandy yang bersaing dalam perlumbaan GP2 dan GP3 memerlukan lebih perhatian dari segi penajaan untuk mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi.

"Mereka ada potensi tetapi tiada yang sanggup buat penajaan sedangkan pada masa sama kerajaan mengeluarkan peruntukan yang besar menaja perlumbaan yang tidak lagi membawa pulangan, baik dari segi sukan atau ekonomi," katanya mengulas antara faktor pertimbangan beliau menyarankan pengajuran F1 dihentikan.

Khairy berkata justifikasi untuk menghentikan sementara perlumbaan tahunan selepas kontrak penganjuran F1 berakhir 2018 itu mungkin berbeza sekiranya Malaysia mempunyai pemandu sendiri dalam arena permotoran tersebut.

"Kita pernah memiliki pemandu F1 sendiri tetapi ia bukan pemandu podium dan  apabila tidak memiliki pemandu, maka tidak banyak peluang untuk mekanik dan pegawai-pegawai kita menyertai pasukan Formula Satu," katanya selepas menyempurnakan pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas kepada 185 penerima di sini, Khamis.

Menurut Khairy, kos penganjuran F1 yang terlalu tinggi boleh dikatakan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan Petronas selaku penaja utama GP F1 sebenarnya menanggung 'hanya secebis' daripada keseluruhan kos.

Mengulas lanjut, beliau berkata Malaysia kini tidak lagi mempunyai kelebihan dari segi publisiti, kedatangan pelancong dan pulangan ekonomi hasil penganjuran acara tersebut selepas ia mula dianjurkan oleh Singapura, China dan di Timur Tengah.

"Apabila Formula One di bawa ke Malaysia, kita menjadi tuan rumah kedua di Asia selain Jepun dan atas faktor itu ia menarik minat yang sangat-sangat tinggi di kalangan penggemar sukan permotoran kerana tidak ada saingan lain, kecuali Jepun," katanya.

Mula dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sejak 1999, perlumbaan itu ditaja Petronas dengan Kementerian Kewangan merupakan pemegang saham utama.

Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin , Formula 1 , F1

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan