Moto2: Ramdan Positif Pamer Aksi Terbaik Di Sepang

Diterbitkan: Rabu, 26 Oktober 2016 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Musim ketiga selaku pelumba wildcard Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang, tahap keyakinan Ramdan Rosli semakin positif.

Biarpun gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik pada aksi musim lalu, Ramdan tidak pernah berputus asa, malah turut berterima kasih kepada pasukannya yang terus memberi kepercayaan wildcard musim ini.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik. Biarpun musim ini kurang mengumpul mata kerana kecederaan tetapi peluang beraksi di Litar Sepang ini akan digunakan sebaik-baiknya.

"Saya memang meletakkan harapan yang tinggi di Sepang hujung minggu ini biarpun sedar saingan pastinya sengit.

"Dan saya juga akan gunakan pengalaman sebagai pengajaran untuk memperbaiki kedudukan yang lebih baik musim ini," jelas pelumba berusia 20 tahun ini.

Dalam pada itu, pelumba pasukan Petronas AHM Malaysia ini mengakui belum berkesempatan untuk mencuba permukaan trek baharu di Litar Sepang.

"Sebelum aksi hujung minggu ini, sudah pasti saya akan mencuba litar terlebih dahulu. 

"Saya yakin segalanya akan lancar dan menunjukkan perlumbaan terbaik di depan penonton sendiri," tambah pelumba yang menunggang jentera Kalex ini.

Selain di Sepang, Ramdan juga turut mendapat wildcard pada Grand Prix  Sepanyol Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Ramdan Rosli

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan