MotoGP: Hafizh Syahrin Yakin Pamer Aksi Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 25 Oktober 2016 4:23 PM

Hafizh Syahrin bersama Ramdan Rosli (kanan) yang akan bersaing di litar Sepang hujung minggu ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mahu memperbaiki kedudukan kelapan terbaik yang dicatat musim lalu pada aksi Kejuaraan Grand Prix MotoGP Malaysia yang akan berlangsung di Sepang hujung minggu ini.

Pelumba bagi pasukan Petronas Raceline Malaysia berusia 22 tahun ini berazam untuk mempamerkan aksi lebih baik di litar sendiri musim ini.

"Saya yakin dapat lakukan yang lebih baik berdasarkan aksi saingan konsisten  selepas mengumpul lebih seratus mata (106) setakat ini.

"Tahun lalu saya berada di tempat kelapan keseluruhan di Sepang. Minggu ini saya akan cuba untuk kekal atau berada di kelompok lebih baik lagi.

"Walaupun belum mencuba permukaan baharu Litar Sepang,  tetapi saya kenal selok belok di tempat sendiri," jelasnya pada sidang media pasukan pada Selasa.

Hafizh Syahrin yang terkenal dengan gelaran El Pescao (Ikan Kecil) bakal mencuba permukaan litar baharu pada Khamis ini.

"Prestasi sekarang berada dalam keadaan baik begitu juga dengan jentera.

"Walaupun terlibat dengan kemalangan pada saingan di Litar Philip Island, Australia minggu lalu dan mengalami kecederaan di kaki kiri, saya yakin dalam tempoh tiga hari lagi semuanya akan pulih.

"Saya harap semuanya berjalan lancar dan cuba yang terbaik," tambahnya.

Pada aksi di GP Australia Ahad lalu,  Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan lebih awal apabila terjatuh selepas jenteranya terbabit kemalangan dengan pelumba Australia, Remy Gardner di pusingan pertama.


iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan