Kerajaan Terus Beri Galakan Untuk Sukan Permotoran - Najib

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 3:22 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perjumpaan dengan pelumba negara yang akan bertanding pada Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix yang akan berlangsung minggu ini, di Parlimen, Isnin.
 Turut hadir (dari kiri) Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Tan Sri Mohamed Azman Yahya, pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi, pelumba Moto2 Hafizh Syahrin, pelumba Moto3 Adam Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memberi galakan dan sokongan kepada sukan permotoran negara supaya sentiasa mendapat sambutan pada masa akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sukan berkenaan sangat mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini.

"Saya lihat Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) mendapat sambutan yang sangat hangat. Saya difahamkan dijangka 90,000 orang akan hadir pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2016.

"Namun yang lebih penting kita dapat mengetengahkan jaguh-jaguh kita di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat tiga pelumba tempatan di pejabatnya di Menara Parlimen di sini, Isnin.

Mereka adalah Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan Moto2 serta Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin dalam Moto3 yang akan beraksi pada kejohanan di Litar Antarabangsa Sepang, mulai Jumaat hingga Ahad ini. 

Perdana menteri berkata beliau mewakili kerajaan dan seluruh rakyat  Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada para pelumba berkenaan.

"Saya difahamkan mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan kami semua rakyat Malaysia berasa bangga dengan kehebatan mereka dan percaya bahawa mereka boleh bersaing dengan pelumba-pelumba dari negara-negara lain," kata Najib.

Litar Sepang akan menjadi tuan rumah pusingan kedua terakhir Kejuaraan MotoGP Dunia tahun ini, dengan pusingan akhir di Valencia, Sepanyol dari 11 hingga 13 November.

Sebelum pusingan Malaysia, SIC menganjurkan sesi menonton siaran secara langsung MotoGP Jepun pada 16 Oktober, dan MotoGP Australia pada 23 Oktober, kedua-duanya diadakan di restoran The Podium by Daun di Sri Hartamas.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Hafizh berkata meskipun kurang sihat dan mengalami sedikit kecederaan pada kaki dalam kejohanan baru-baru ini, beliau akan cuba memberikan yang terbaik untuk perlumbaan berkenaan.

Adam pula mengakui merasa sedikit 'gelabah' kerana ini merupakan tahun pertama beliau bertanding di peringkat yang tinggi.

Bagaimanapun dengan memperoleh kedudukan yang lebih baik pada kejohanan minggu lepas, Adam berkata ia memberikan motivasi tinggi kepadanya untuk beraksi pada minggu ini.

Khairul Idham pula berkata beraksi di negara sendiri menjadikannya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik untuk negara.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MotoGP , Sepang , Parlimen

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan