Khairy Cadang Henti Anjur F1

Diterbitkan: Isnin, 24 Oktober 2016 7:28 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya Malaysia menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1).

Menurut Khairy, cadangan itu dibuat berikutan kos penganjuran yang tinggi.

"Saya fikir kita perlu henti menganjurkan F1. Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu. Kos terlalu tinggi, pulangan terhad.

"Jualan tiket F1 menurun, jumlah penonton TV menjunam. Pelawat asing juga berkurangan kerana mereka boleh memilih Singapura, China atau Timur Tengah. Pulangan tidak begitu besar," katanya menerusi Twitter pada Isnin.

Tambah Khairy, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disaran supaya mengekalkan perlumbaan Moto GP yang menurutnya lebih popular dan pada masa sama menganjurkan perlumbaan baharu yang lebih menguntungkan.

"SIC perlu membida perlumbaan lebih murah, mengekalkan Moto GP yang masih popular, belanjakan untuk pembangunan dan meningkatkan akses awam di litar," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, nasib perlumbaan F1 di Litar Antarabangsa Sepang dijangka diketahui akhir minggu depan.

Beliau berkata, mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara itu dengan pemegang saham utama SIC, iaitu Kementerian Kewangan pada Khamis.

"Jualan tiket F1 telah merosot sejak 2014.

"Sebaliknya, lumba motosikal Malaysia (MotoGP) nampaknya lebih berjaya dari segi menarik penonton dan potensi kesan limpahannya," katanya pada majlis taklimat media di sini, Isnin.

Razlan, bagaimanapun berkata, beliau tidak akan tergesa-gesa mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian F1 di Malaysia kerana SIC mempunyai perjanjian ketat dengan pemegang lesen sehingga 2018.

"Penarikan diri secara sementara daripada F1 (selepas 2018) mungkin akan memberi manfaat kepada negara. Ketika ini, sesetengah pihak menyatakan produk itu (F1) tidak lagi menarik kerana ia dikuasai satu pasukan.

"Laporan awal untuk perlumbaan terakhir F1 juga menunjukkan jumlah penonton di Malaysia adalah yang terendah dalam sejarah," katanya dengn menambah, F1 Singapura juga dilaporkan mencatat penurunan 20 peratus dalam jualan tiket.

Razlan membayangkan yang SIC akan memberi tumpuan kepada membangunkan MotoGP.

MotoGP, acara lumba motosikal terbesar dunia kali pertama diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam pada 1991 sebelum dipindahkan ke Litar Pasir Gudang, Johor pada 1998 manakala Litar Sepang menganjurkan MotoGP pertamanya pada 1999.

Hujung minggu ini, Shell Malaysia MotoGP 2016, iaitu MotoGP Malaysia ke-26 akan menjadi tumpuan di SIC berikutan kejayaan perlumbaan jubli perak tahun lalu.

"Tahun lepas kita menyaksikan 85,000 penonton di MotoGP itu. Tahun ini semua tiket sudah habis dijual dan kami sasarkan jumlah tertinggi, iaitu 90,000 penonton, termasuk di tempat duduk di kawasan bukit.

"Jika semua pihak bekerjasama, termasuk kementerian pelancongan, sukan dan komunikasi, kita boleh meningkat lagi," katanya.

Tags / Kata Kunci: F1 , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan