Adam Duduki Tempat Ke-12, Kutip Empat Mata Di Jepun

Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 7:54 PM

Gambar fail Adam Norrodin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin berjaya mengutip empat mata pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pusingan ke-15, Grand Prix Jepun di Litar Twin Ring Motegi, Ahad.

Adam yang mewakili pasukan Drive M7 SIC Racing menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 dalam masa 39 minit 37.798 saat manakala pelumba Itali, Enea Bastianini daripada pasukan Gresini Racing Moto3 muncul juara dengan catatan 39:24.274s. 

Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) menduduki tempat kedua iaitu 0.017s di belakang Bastianini diikuti Nicolo Bulega dari Itali (SKY Racing Team VR46) di kedudukan ketiga selepas ketinggalan 4.002s dari pemenang. 

Adam berkata, prestasi cemerlang pada sesi kelayakan semalam membantunya mengutip mata di Litar Motegi.

"Saya bermula sangat baik pada awal perlumbaan sehingga pada satu ketika berjaya berada di tempat keenam, namun pelumba di belakang saya tidak putus asa mencuba untuk memintas.

"Akhirnya mereka berjaya memintas dan saya semakin ketinggalan. Saya cuba untuk mengejar, tetapi mereka sudah jauh ke hadapan," katanya.

Adam tetap optimis pada pusingan seterusnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan yakin mampu bersinar untuk memberi keceriaan kepada penyokong tempatan.

Dalam pada itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi daripada pasukan Honda Team Asia sekadar menduduki tempat ke-19 selepas ketinggalan 40.177s daripada pemenang.

Adam dan Khairul kini masing-masing mengumpul keseluruhan sembilan dan 54 mata daripada 15 pusingan MotoGP. 

Sementara itu, Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan Petronas Raceline Malaysia menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 dengan masa 42:78.245s untuk mengutip tiga mata berharga.

Perlumbaan itu dimenangi pelumba Sweden, Thomas Luthi (Garage Plus Interwetten) dengan masa 42:45.854s. 

Pusingan ke-16 MotoGP bakal berlangsung di SIC pada 29-30 Oktober ini. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan