Azman Tekad Teruskan Pembangunan Sukan Permotoran

Diterbitkan: Jumaat, 14 Oktober 2016 11:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bukan Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang baharu dilantik, Tan Sri Azman Yahya menzahirkan keazaman meneruskan kesinambungan pembangunan dan perkembangan sukan permotoran di Malaysia.

Azman, yang akan memegang jawatan itu selama tiga tahun, berkata beliau gembira dapat meneruskan usaha yang dilakukan bekas pengerusi, Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Allahyarham Tan Sri Bashir Ismail.

"Saya harap dapat terus menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan sukan permotoran di Malaysia, satu bidang yang cukup dekat di hati saya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Azman, yang juga anggota Lembaga Pengarah SIC sejak 2010, dilantik sebagai pengerusi bukan eksekutif oleh Kementerian Kewangan pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali yangmewakili kakitangan SIC, mengalu-alukan pelantikan Azman sebagai pengerusi baharu.

"Saya anggap Tan Sri Azman sebagai mentor saya di SIC dan juga dunia permotoran.

"Minatnya dalam permotoran dan pengetahuan luas dalam bidang ini menjadi satu inspirasi dan kami amat berbesar hati kerana dapat memanfaatkan kebijaksanaannya untuk mengembangkan SIC dan membangunkan sukan permotoran Malaysia bagi tahun-tahun akan datang," kata Razlan.

Azman dikenali dengan minatnya dalam perlumbaan dan pernah dinamakan sebagai 'Pemandu Tahunan' oleh Persatuan Automobil Malaysia pada 2004 selepas memenangi Kelas Terbuka Siri Super Malaysia pada Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance.

Seorang akauntan bertauliah, Azman adalah Ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad dan juga anggota dan penasihat beberapa agensi negara.

Mokhzani meletak jawatan sebagai pengerusi SIC pada Khamis setelah berkhidmat selama 13 tahun. 

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Azman Yahya , SIC

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan