Petronas Pemangkin Mercedes AMG Menang Hatrik Kejuaraan Pengeluar

Diterbitkan: Isnin, 10 Oktober 2016 3:26 PM

Kereta pasukan Mercedes AMG Petronas dipandu oleh Nico Rosberg ketika menyertai kejuaraan Grand Prix F1 Jepun di Litar Suzuka pada 9 Oktober 2016. - AFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petronas, rakan kerjasama teknikal pasukan Formula Satu Mercedes AMG ternyata menjadi pemangkin kepada kejayaan hatrik pasukan itu dalam Kejuaraan Pengeluar bagi musim ini.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Hiliran Petronas, Md Arif Mahmood berkata kejayaan itu merupakan satu sejarah buat Petronas dan Merc AMG dalam siri perlumbaan dunia F1 dan membuktikan Petronas bukan sekadar penaja sebaliknya bertindak sebagai rakan teknikal.

"Ini tahun ketiga kita menang Constructor Championship. Kami sentiasa bergerak selari dan bekerjasama dengan Merc AMG dalam menyediakan pelincir dan minyak yang sesuai digunakan untuk siri perlumbaan.

"Ternyata penggunaan pelincir dan minyak Petronas mampu meningkatkan perkembangan prestasi enjin dan kereta itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas sesi bergambar sempena kemenangan hatrik itu.

Pasukan Merc AMG Petronas mengesahkan Kejuaraan Pengeluar selepas mengumpul 593 mata pada edisi kali ini selepas 17 pusingan pada perlumbaan Grand Prix Jepun di Trek Perlumbaan Antarabangsa Suzuka minggu lepas.

Lebih membanggakan, pelumba Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg dan Lewis Hamilton juga turut mengungguli kedudukan 1-2 carta kedudukan dunia bagi kategori pelumba.

Md Arif berkata dahulu Petronas hanya terlibat dalam penajaan pasukan namun kini perkembangan pelincir bagi kegunaan jentera dilaksanakan oleh Petronas.

Untuk perancangan perlumbaan siri musim hadapan, Petronas mengakui bahawa mereka telah mula merangka pelan dan perancangan awal bagi memastikan pasukan Mercedes AMG Petronas mengekalkan kejuaraan seterusnya.

Mengulas mengenai kontrak Petronas dengan pasukan Mercedes AMG yang bakal berakhir pada tahun 2017, Md Arif berkata pihaknya kini sedang dalam perbincangan bagi menyambung kontrak tersebut. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Petronas , Formula Satu , F1

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan