Marquez Sambar Petak Pertama

Diterbitkan: Ahad, 25 September 2016 7:50 AM

(Ubah saiz teks)

PENDAHULU kejuaraan, Marc Marquez akan memulakan perlumbaan Grand Prix MotoGP Aragon, Sepanyol di petak pertama selepas menamatkan sesi latihan ketiga sebagai pelumba terpantas.

Marquez menamatkan sesi latihan ketiga itu dengan catatan masa satu minit dan 47.117 saat.

Pelumba Sepanyol itu akan disertai rakan senegara, Maverick Vinales yang mewakili Suzuki pada pusingan ke-14 musim ini dan juara bertahan, Jorge Lorenzo untuk memulakan perlumbaan di petak hadapan.

Sementara itu, pelumba Ducati, Andrea Dovizioso yang masih belum merekodkan sebarang kemenangan musim ini, bermula di petak keempat di depan Cal Crutchlow dari LCR Honda dan pelumba Yamaha, Valentino Rossi.

Ia adalah kali ke-64 Marquez bermula di petak pertama sepanjang kariernya sekali gus menyamai rekod dicipta Lorenzo semasa di GP San Marino.

Dengan baki lima lagi perlumbaan yang perlu diharungi, Marquez berjaya mengutip 223 mata manakala Rossi dengan 180 mata dan Lorenzo 162 mata.

Keputusan penuh sesi kelayakan:

1. Marc Marquez (Sepanyol) Honda 1:47.117 saat

2. Maverick Vinales (Sepanyol) Suzuki 1:47.748s

3. Jorge Lorenzo (Sepanyol) Yamaha 1:47.778s

4. Andrea Dovizioso (Itali) Ducati 1:47.819s

5. Cal Crutchlow (Britain) Honda 1:47.843s

6. Valentino Rossi (Itali) Yamaha 1:47.951s

7. Dani Pedrosa (Sepanyol) Honda 1:48.017s

8. Aleix Espargaro (Sepanyol) Suzuki 1:48.230s

9. Danilo Petrucci (Itali) Ducati 1:48.236s

10. Scott Redding (Britain) Ducati 1:48.242s


Tags / Kata Kunci: MotoGP Aragon , Marc Marquez

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan