SIC Cipta Sejarah Anjur Dua Perlumbaan Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2016 12:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Litar Antarabanga Sepang (SIC) menempa sejarah tersendiri apabila akan mengadakan dua acara perlumbaan berprestij dunia pada Oktober ini.

Awal Oktober ini, Litar Sepang yang menjalani baik pulih serta kerja-kerja naik taraf sejak Februari lalu bakal dibuka semula secara rasminya sempena perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia bermula 30 September ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC,  Datuk Razlan Razali, litar dijangka siap sepenuhnya pada Ahad ini.

"Seperti yang dirancang, segala kerja-kerja naik taraf bakal siap sepenuhnya hujung minggu ini seterus pada Isnin atau Selasa pasukan-pasukan F1 akan mula tiba di Sepang.

"Setakat ini segala persiapan berjalan lancar, dan pihak SIC sendiri juga mula bersiap sedia untuk menghadapi dua acara terbesar tahun ini, serentak dalam bulan Oktober.

"Awal bulan kita berdepan dengan perlumbaan F1, manakala hujung bulan (28-30 Oktober) pula aksi MotoGP Malaysia bakal membuka tirai.

"Tidak dinafikan ia memberi tekanan kepada kakitangan SIC untuk menguruskan dua acara dunia ini, tetapi pada masa sama, ia merupakan satu cabaran yang kita sendiri tidak sabar untuk melakukan benda yang mahir dan digemari," jelasnya sambil mengakui staf-stafnya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Dalam pada itu, Razlan turut mengakui penjualan tiket perlumbaan F1 Malaysia dalam kalangan penonton tempatan mengalami sedikit kemerosotan.

"Malangnya penjualan tiket tidak seperti yang kita jangkakan terutama daripada penonton tempatan. Namun kami masih mengharapkan dalam tempoh kurang daripada dua minggu ini, peratusannya akan meningkat.

"Berbanding dengan penjualan tiket bagi penonton luar negara, peratusan meningkat dua peratus setiap tahun dan ia sesuatu yang baik untuk sektor pelancongan negara," katanya. 

Sebagai rekod, kali terakhir kerja naik taraf SIC dilakukan adalah pada 2007 dan tahun ini ia perlu dilakukan berdasarkan syarat ditetapkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), untuk memastikan litar terus mematuhi piawaian antarabangsa. 

Kerja naik taraf itu akan membabitkan keseluruhan 5.54 kilometer litar bertaraf dunia itu, dan ia adalah syarat wajib bagi memastikan trek Sepang terus disenarai dalam FIA dan FIM, masing-masing sebagai litar Gred Satu dan Gred A. 

Kerja baik pulih dan naik taraf itu akan termasuk membaiki dan menaik taraf sistem perparitan; kawasan 'kerbs and the tarmac run-off' serta kawasan 'gravel bed' di Turn One dan 15.

Tags / Kata Kunci: SIC , Datuk Razlan Razali , Litar Sepang

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan