F1 Singapura: Marsyal 'Pecut' Di Trek Ketika Perlumbaan

Diterbitkan: Isnin, 19 September 2016 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG marsyal 'menempah' maut ketika aksi perlumbaan Formula Satu (1) Grand Prix Singapura pada Ahad malam.

Marsyal terbabit merupakan krew kereta keselamatan yang dilapor terlewat meninggalkan trek dan hampir berdepan dengan kemalangan yang tidak sepatutnya.

Bagaimanapun marsyal tersebut tidak mnengalami sebarang kemalangan selepas pantas berlari ke tepi trek, hanya beberapa meter dengan jentera-jentera yang sedang memecut lalu.

Persekutuan Automobil Dunia (FIA) mengeluarkan kenyataan mengenai insiden tersebut dan akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak menyalahkan sesiapa. Apa sahaja akan dilakukan selepas ini bagi memastikan ia tidak akan berlaku lagi.

"Dalam pada itu, bos Mercedes, Toto Molff turut mengakui ia insiden yang sangat berbahaya.

"Tetapi kita perlu memberi pujian kawalan perlumbaan kerana mereka memulakan saingan lebih cepat dan inilah yang kami harapkan daripada mereka...tidak menghabiskan banyak masa di sebelah 'safely car'.

"Pun begitu, saya gembira kerana tidak ada sesiapa yang mengalami kecederaan," jelas Molff.

Dalam pada itu, Nico Rosberg yang menjuarai perlumbaan di Litar Jalanan Marina Bay itu berkata: "Ia bukanlah pengalaman yang menarik apabila melihat seseorang melintas trek ketika saya sedang memandu dengan kelajuan 300km/j.

"Jadi saya mengambil langkah memandu dengan lebih selamat, namun ia tetap mendebarkan kerana yakin dia tidak nampak kehadiran kami. Sudah tentu saya turut kehilangan masa ketika itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Marsyal , Lari tepi trek

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan