MotoGP: Ketiadaan Pelumba Wildcard Buat SIC Risau

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2016 4:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Grand Prix Shell Malaysia (MotoGP Malaysia) yang bakal berlangsung penghujung Oktober ini tanpa penampilan pelumba-pelumba 'wildcard' negara.

Satu pemandangan berbeza kali ini tanpa kehadiran pelumba wildcard dalam aksi Moto3 selepas beberapa tahun perlumbaan berprestij dunia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu diserikan dengan aksi berani pelumba-pelumba wildcard muda dan berbakat negara.

Secara khususnya, Malaysia telah melahirkan ramai pelumba berbakat dilahirkan dari program pemotoran yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak. Namun, ianya tetap menimbulkan masalah ketandusan pelumba memandangkan beberapa faktor yang menjadikan aksi tahun ini tanpa wakil wildcard negara.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali mendedahkan, tahun ini tidak ada pelumba yang berpotensi untuk diserapkan masuk ke program wildcard MotoGP Malaysia bagi saingan kategori Moto3.

"Sebelum ini kita memang sentiasa ada pelumba-pelumba berbakat yang boleh diberi wildcard ke aksi MotoGP Malaysia.

"Satu perkara yang saya risaukan juga apabila sekarang tidak ada pelumba yang beraksi  dalam saingan Kejuaraan FIM CEV Repsol kategori ini (moto3).

"Tahun lepas kita dapat lihat Adam Norrodin dan Khairul Idham Pawi. Kita tidak boleh memilih pelumba-pelumba yang tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan jentera Moto3 ini," jelasnya yang ditemui selepas majlis pelancaran MotoGP Malaysia sebelum ini.

Malah menurut Razlan, situasi pelumba-pelumba pelapis agak membimbangkan kerana program FIM CEV terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan pelumba.

"Bagi menyelesaikan situasi ini, kami akan lebih memberi tumpuan kepada  program seperti Asia Talent Cup bermula awal tahun depan.

"Tetapi, dalam program Asia Talent Cup ini ada juga terdapat masalah lain yang timbul apabila kita menemui beberapa pelumba berbakat yang boleh dibawa ke depan.

Adam (kiri) ketika bersama pasukan Program Asia Talent Cup 2014 dan kini beraksi dalam Moto3 bersama Drive M7 SIC Racing Team.


"Sebenarnya tahun ini kita mempunyai tujuh orang pelumba yang dipilih, tetapi lima daripada mereka sudah mempunyai kontrak dengan pasukan lain seperti Cub prix atau sebagainya. Hanya dua pelumba sahaja yang boleh menyertai kami," katanya.

Jelas Razlan lagi, ketiadaan pelumba-pelumba wildcard dalam kategori ini juga disebabkan 'faktor kewangan' yang lebih menarik minat pelumba berbakat sehingga timbulnya masalah ketiaddan pelumba wildcard.

"Mereka tidak mempuyai visi panjang atau keinginan mahu beraksi di pentas dunia apabila lebih mementingkan gaji lumayan.

"Bagi mereka, apabila memasuki saingan MotoGP sudah pasti akan mendapat gaji beribu-ribu. Sebenarnya tidak.

"Seperti Adam Norrodin, pada tahun pertama dipilih, dia hanya mendapat elaun sahaja. Tetapi segala kemudahan sepanjang berada di luar negara seperti tiket, tempat tinggal dan lain-lain perkara semuanya kita sediakan.

"Jadi saya harapkan mentaliti pelumba-pelumba muda berbakat yang ingin lebih berjaya supaya tidak mempunyai visi jangka pendek ini," tegasnya.
Tags / Kata Kunci: Wildcard , SIC , Razlan Razali

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan