Kontrak Malaysia MotoGP Di SIC Akan Dilanjutkan

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2016 7:10 PM

Razlan Razali

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Perlumbaan Grand Prix Kejuaraan Motosikal Shell Malaysia (Malaysia MotoGP) yang berlangsung pada 28-30 Oktober bakal menyaksikan penganjuran terakhir Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas kontraknya bakal berakhir hujung tahun ini.

Bagaimanapun peminat-peminat sukan permotoran negara tidak perlu risau memandangkan kontrak baharu yang lebih lama bakal dimeterai sebelum aksi perlumbaan ediai ke-26 tahun ini berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali amat positif keputusan kontrak baharu penganjuran MotoGP Malaysia akan diumumkan Oktober nanti.

"Kontrak akan disambung dan kali ini kita memilih untuk tempoh lima tahun berbanding sebelum ini tempoh tiga tahun.

"Saya amat positif dan dalam masa sama turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan yang terus memberi sokongan kepada kami.

"Pilihan tempoh kontrak penganjuran memang ada untuk tiga atau lima tahun dan kali ini kita mahu kontrak yang lebih panjang lagi memandangkan perlumbaan MotoGP Malaysia ini memang mendapat sambutan memuaskan setiap tahun," jelasnya kepada media selepas majlis pelancaran Kejuaraan Motosikal Grand Prix Shell Malaysia pada Isnin.

Dalam pada itu, Razlan turut berpuas hati mengenai penjualan tiket setakat ini yang hampir habis dijual.

"Seperti yang kita maklum, tahun lepas kita mencatat rekod 150,000 kedatangan penonton ke litar untuk tempoh tiga hari.

"Berdasarkan faktor semasa, saya yakin peningkatan pengunjung tahun ini dan setakat ini 20 peratus telah melebihi jumlah keseluruhan tahun lalu," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan