Nico Rosberg Juara GP Itali

Diterbitkan: Ahad, 4 September 2016 10:09 PM

Nico Rosberg bersama trofi kemenangannya di GP Itali pada Ahad. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

MONZA (Itali): Pelumba Mercedes kelahiran Jerman, Nico Rosberg mengungguli perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Itali di litar lumba Monza pada Ahad.

Rosberg yang bersaing dengan juara dunia, Lewis Hamilton berjaya memintas rakan pasukannya itu.

Hamilton yang berjaya menguasai petak pertama hanya melepasi garisan penamat pada kedudukan kedua, selepas gagal mengawal perlumbaan dengan baik.

Kemenangan Rosberg di litar luar Milan itu merupakan kejayaan ketujuh pada musim ini, lebih satu berbanding Hamilton.

Ia menjadikan kejuaraan yang ke-21 sepanjang kerjayanya.

Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel dan Kimi Raikkonen masing-masing menamatkan perlumbaan pada tempat ketiga dan keempat, manakala pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menduduki tempat kelima.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan