Hamilton Menyamai Rekod Senna, Fangio Di Litar Monza

Diterbitkan: Sabtu, 3 September 2016 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

LEWIS Hamilton berjaya menguasai petak pertama perlumbaan Formula Satu Grand Prix Itali buat kali kelima sekaligus menyamai rekod yang dicatat Ayrton Senna dan Juan Manuel Fangio.

Pusingan kelayakan ini boleh dianggap sebagai perlumbaan pasukan Mercedes di antara Hamilton dan Nico Rosberg yang bersaing sesama sendiri tanpa dicabar pelumba-pelumba lain.

Bagaimanapun Hamilton lebih pantas melepasi garisan akhir dengan mencatat masa 1:21.135s, dan hanya meninggalkan rakan sepasukannya dari Jerman itu 0.478s sekaligus petak pertama menjadi milikinya.




Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan saingan kelayakan di tempat ketiga dengan catat masa 1:21.972.

Sementara itu, Valtteri Bottas yang memandu jentera Williams-Mercedes menduduki petak kelima, meninggalkan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di belakangnya.

Dalam pada itu, Litar Monza ini bakal menjadi saksi kejuaraan Grand Prix ke-50 Hamilton sekiranya dia berjaya pada perlumbaan akhir Ahad ini.

Keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba:

1. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:21.135

2. Nico Rosberg (Germany) Mercedes 1:21.613

3. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:21.972

4. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:22.065

5. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:22.388

6. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull - TAG Heuer 1:22.389

7. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull - TAG Heuer 1:22.411

8. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:22.814

9. Nico Huelkenberg (Germany) Force India - Mercedes 1:22.836

10. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:23.184

11. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:22.96

12. Romain Grosjean (France) Haas - Ferrari 1:23.092

13. Fernando Alonso (Spain) McLaren 1:23.273

14. Pascal Wehrlein (Germany) Manor - Mercedes 1:23.315

15. Jenson Button (Britain) McLaren 1:23.399

16. Carlos Sainz Jr (Spain) Toro Rosso - Ferrari 1:23.496

17. Daniil Kvyat (Russia) Toro Rosso - Ferrari 1:23.825

18. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:23.956

19. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:24.087

20. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:24.230

21. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:24.436

22. Esteban Ocon (France) Manor - Mercedes
Tags / Kata Kunci: Lewis Hamilton , GP Itali , Monza

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan