GP Belgium:Rosberg Raih Petak Pertama, Hamilton Didenda

Diterbitkan: Ahad, 28 Ogos 2016 9:03 AM

Rosberg (tengah) bersama Verstappen dan Raikkonen (kanan) selepas aksi kelayakan GP Belgium,lewat Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

NICO Rosberg meraih kedudukan petak pertama selepas pusingan kelayakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Belgium lewat Sabtu malam.

Pelumba Mercedes itu mencatat masa terpantas 1' 46.744s meninggalkan Max Verstappen di kedudukan kedua dengan kelebihan masa 0.149s.

Verstappen,18, yang memandu jentera Red Bull menjadi pelumba termuda dalam rekod F1 yang berjaya memulakan perlumbaan di barisan kelompok hadapan.

"Saya sangat teruja berada di tempat kedua di hadapan penyokon-penyokong sendiri," jelasnya yang lahir di Belgium (ibu), manakala bapanya berasal dari Belanda.

Sementara itu, dua pelumba Ferrari,  Kimi Raikkonen dan Sebastian Vettel bakal memulakan perlumbaan di petak ketiga dan keempat.

Seorang lagi pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo menguasai petak kelima apabila menamatkan saingan kelayakan 1:47.216s meninggalkan Sergio Perez dari pasukan Force India.

Dalam pada itu, juara bertahan dunia, Lewis Hamilton terpaksa memulakan saingan di petak terakhir selepas dikenakan penalti kerana menukar komponen enjin.


Senarai penuh keputusan pusingan kelayakan dan kedudukan petak pelumba GP Belgium:


1. Nico Rosberg (Jerman) Mercedes 1:46.744

2. Max Verstappen (Netherlands) Red Bull -  1:46.893

3. Kimi Raikkonen (Finland) Ferrari 1:46.910

4. Sebastian Vettel (Germany) Ferrari 1:47.108

5. Daniel Ricciardo (Australia) Red Bull -1:47.216

6. Sergio Perez (Mexico) Force India - Mercedes 1:47.407

7. Nico Huelkenberg (Jerman) Force India - Mercedes 1:47.543

8. Valtteri Bottas (Finland) Williams-Mercedes 1:47.612

9. Jenson Button (Britain) McLaren 1:48.114

10. Felipe Massa (Brazil) Williams-Mercedes 1:48.263

11. Romain Grosjean (Perancis) Haas - Ferrari 1:48.316

12. Kevin Magnussen (Denmark) Renault 1:48.485

13. Esteban Gutierrez (Mexico) Haas - Ferrari 1:48.598

14. Jolyon Palmer (Britain) Renault 1:48.888

15. Carlos Sainz Jr (Sepanyol) Toro Rosso - Ferrari 1:49.038

16. Pascal Wehrlein (Jerman) Manor - Mercedes 1:49.320

17. Felipe Nasr (Brazil) Sauber - Ferrari 1:48.949

18. Esteban Ocon (Perancis) Manor - Mercedes 1:49.050

19. Daniil Kvyat (Rusia) Toro Rosso - Ferrari 1:49.058

20. Marcus Ericsson (Sweden) Sauber - Ferrari 1:49.071

21. Lewis Hamilton (Britain) Mercedes 1:50.033

22. Fernando Alonso (Sepanyol) McLaren

Tags / Kata Kunci: F1 Belgium , kelayakan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan